Page 38 - BUKU PERATURAN AKADEMIK KPTM - PINDAAN 2017 (CETAKAN KEDUA)
P. 38

7.0 RAYUAN AKADEMIK

                 Sekiranya pelajar tidak berpuas hati dengan keputusan yang diperolehi dalam satu-satu semester pengajian,
                 pelajar dibenarkan membuat rayuan seperti berikut:

                 i.   Rayuan Meneruskan Pengajian
                 ii.   Rayuan Penyemakan Semula Kertas Jawapan Peperiksaan Akhir
                 iii.   Rayuan Penyemakan Gred Kursus yang tiada Peperiksaan Akhir
                 7.1   Rayuan Meneruskan Pengajian

                      7.1.1  Pelajar yang telah memperolehi status Gagal Berhenti (DIS) atau Gugur Taraf (TMT) atau  Gugur
                           Nama  (WFC) dalam satu-satu semester pengajian boleh membuat rayuan untuk meneruskan pengajian
                           sekiranya memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

                      7.1.2  Syarat bagi pelajar berstatus DIS mempunyai Mata Kekurangan tidak melebihi 12.

                      7.1.3  Rayuan  untuk  meneruskan  pengajian  hendaklah  dikemukakan  kepada  Pengarah  dalam  tempoh
                           empat belas (14) hari selepas keputusan peperiksaan diumumkan secara  rasmi.

                      7.1.4  Setiap  permohonan  rayuan  hendaklah  dibuat  dengan  menggunakan  borang  rasmi  yang
                           disediakan dan pelajar akan dikenakan yuran proses sebanyak RM50.00 (tidak dikembalikan).

                      7.1.5  Rayuan untuk meneruskan pengajian bagi pelajar berstatus TMT hendaklah dikemukakan kepada
                           Pengarah secara bertulis dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh surat makluman Gugur
                           Taraf dikeluarkan secara rasmi. Bagi pelajar yang selepas merayu dan diterima masuk semula
                           akan  dikenakan  yuran  proses  kemasukan  semula  RM100.00  dan  denda  pendaftaran  lewat
                           RM300.00.

                      7.1.6  Bagi  pelajar  berstatus  WFC  akan  dikenakan  yuran  proses  kemasukan  semula  RM100.00  (tidak
                           dikembalikan).

                      7.1.7  Sekiranya permohonan diluluskan, pelajar perlu mematuhi perkara 3.4 mengikut tarikh pendaftaran
                           yang dinyatakan dalam surat kelulusan rayuan.

                      7.1.8  Setiap  permohonan  rayuan  akan  dipertimbangkan  dan  diputuskan  oleh  JKRTAP.  Sebarang
                           keputusan yang dibuat adalah muktamad.

                      7.1.9  Rayuan untuk meneruskan pengajian hanya boleh dibuat satu (1) kali sahaja sepanjang tempoh
                           pengajian.

                      7.1.10 Bagi permohonan TMT dan WFC yang diluluskan, tempoh pengajian semasa TMT atau WFC diambil
                           kira sebagai tempoh pengajian.


                                                      37
   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42   43