Page 24 - BUKU PERATURAN AKADEMIK KPTM - PINDAAN 2017 (CETAKAN KEDUA)
P. 24

4.5  Pendaftaran Kursus Setiap Semester

                     4.5.1   Pelajar dikehendaki mendaftar kursus berprasyarat berdasarkan urutan seperti yang dinyatakan  di
                            dalam struktur program.

                     4.5.2   Walau bagaimanapun, pelajar mesti mendapat kebenaran JKA sekiranya ingin mendaftar dua kursus
                            berprasyarat  secara  serentak.  Kebenaran  berdasarkan  kepada  mengulang    kursus  prasyarat  di
                            peringkat bawah dan mendaftar kursus prasyarat peringkat atas kali pertama secara serentak.

                     4.5.3   Pelajar yang tidak memperolehi kredit atau minimum gred C bagi mata pelajaran Bahasa Melayu di
                            peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), wajib mendaftar dan lulus kursus Bahasa Kebangsaan  A
                            dalam Kumpulan U2 Mata Pelajaran Umum (MPU).

                     4.5.4   Pelajar yang gagal sesuatu kursus elektif boleh mengulang kursus elektif yang lain dalam kluster
                            kursus elektif yang sama tertakluk kepada penawaran kursus yang ditawarkan oleh kolej.

                     4.5.5   Pelajar dibenarkan mendaftar kursus yang setara dengan kebenaran Dekan berkenaan.

                 4.6  Permohonan Silibus

                 Permohonan silibus bagi tujuan menyambung pengajian di institusi lain boleh dibuat dengan mengemukakan
                 permohonan secara bertulis kepada pihak kolej.

                 4.7  Kehadiran Ke Kuliah

                     4.7.1   Pelajar wajib hadir pada setiap kuliah bagi semua kursus yang  didaftar.

                     4.7.2   Pelajar yang tidak hadir ke kuliah disebabkan kesihatan mesti mengemukakan sijil cuti  sakit
                            daripada Pegawai Perubatan.

                     4.7.2.1  Pelajar yang tidak hadir ke kuliah selain dari sebab kesihatan hendaklah mengemukakan sebab
                            munasabah secara bertulis kepada Pensyarah Kursus.











                                                      23
   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29