Page 28 - KPTM - BUKU PERATURAN AKADEMIK PINDAAN 2017
P. 28
5.2.7 Keputusan bagi setiap kursus diberi status seperti berikut :
PAC : Lulus
ABX : Tidak hadir peperiksaan tanpa kebenaran
ABY : Tidak hadir peperiksaan dengan kebenaran
BAR : Dihalang menduduki Peperiksaan Akhir/kerja kursus tidak diberi Penilaian
INC : Tidak lengkap kursus
FC1 : Gagal kursus kali pertama
FC2 : Gagal kursus kali kedua
FC3 : Gagal kursus kali ketiga
CRT : Pemindahan kredit
CRE : Pengecualian kredit
Nota : Bagi status ABX dan BAR pelajar akan diberi nilai gred 0.00.
Bagi status PAC pelajar akan memperolehi kumulatif kredit.
Bagi status ABY dan INC kursus berkenaan tidak diambilkira dalam pengiraan
5.3 Status Tidak Lengkap Kursus (INC)
5.3.1 Status INC diberi kepada pelajar yang tidak melengkapkan kursus berbentuk Projek, Praktikum
atau Latihan Industri.
5.3.2 Pelajar yang diberikan status INC hendaklah melengkapkan kursus selewat-lewatnya dua (2)
minggu selepas semester berikutnya bermula. Kegagalan berbuat demikian, pelajar boleh
diberi keputusan gred F.
5.3.3 Sebarang rayuan boleh dikemukakan kepada JKA (rujuk perkara 4.4.4).
5.4 Keputusan Peperiksaan
Keputusan peperiksaan yang telah disahkan oleh Senat akan dikeluarkan oleh Bahagian Akademik. Kolej
berhak menahan keputusan peperiksaan sekiranya pelajar gagal menjelaskan yuran tertunggak.
28