Page 7 - KPTM - BUKU PERATURAN AKADEMIK PINDAAN 2017
P. 7

DEKAN             Kakitangan akademik yang dilantik oleh Ketua Pegawai Eksekutif untuk mengetuai
                                      sesebuah Fakulti.
                    FAKULTI           Sesuatu entiti akademik yang ditubuhkan oleh Kolej.

                    GRADUAT           Pengesahan Senat ke atas pelajar yang telah layak menerima sijil / diploma /
                                      ijazah.
                    GRED              Sesuatu nilai dalam bentuk abjad bagi menunjukkan tahap prestasi pelajar dalam
                                      sesuatu kursus.

                    GUGUR TARAF       Status yang diberikan kepada pelajar yang gagal mendaftar semester baharu
                    (TMT)             atau mendaftar kursus atau membayar yuran pengajian dalam tempoh yang
                                      ditetapkan pada setiap semester. Status sebagai pelajar KPTM adalah digugurkan.

                    GUGUR NAMA        Pelajar yang statusnya digugurkan dengan kelulusan Jawatankuasa Akademik
                    (WFC)             (JKA).
                    HIMPUNAN          Purata nilai gred pencapaian yang diperoleh oleh seseorang pelajar dalam semua
                    PURATA NILAI      peperiksaan yang telah diambilnya.
                    GRED  (CGPA)

                    IJAZAH / DIPLOMA  Perakuan yang diberi oleh Kolej kepada seseorang pelajar yang telah memenuhi
                    / SIJIL           syarat bergraduasi sesuatu program pengajian.

                    INSTITUSI         Sebuah institusi awam dan swasta dalam dan luar negara yang menjalankan
                    PENDIDIKAN        program pendidikan di peringkat tinggi.
                    TINGGI (IPT)
                    KREDIT            Ukuran kuantitatif yang melambangkan beban pembelajaran untuk mencapai
                                      hasil pembelajaran tertentu.
                    JAM BELAJAR       Jumlah jam belajar yang mengandungi kuliah, amali, tutorial dan pembelajaran
                                      kendiri.

                    JAWATANKUASA      Jawatankuasa yang menjalankan tanggungjawab Senat di peringkat kolej.
                    AKADEMIK (JKA)







                                                      07
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12