Page 35 - BUKU PERATURAN AKADEMIK KPTM
P. 35
6.0 PEPERIKSAAN
6.1 Jadual Peperiksaan
6.1.1 Pelajar perlu menyemak Draf Jadual Peperiksaan Akhir yang dikeluarkan seperti berikut:
6.1.1.1 Lima (5) minggu sebelum peperiksaan bermula bagi semester biasa
6.1.1.2 Dua (2) minggu sebelum peperiksaan bermula bagi semester pendek
6.1.2 Sebarang masalah berkaitan jadual tersebut perlu dimaklumkan kepada Bahagian Akademik Kolej dalam
tempoh satu (1) minggu.
6.1.3 Jadual Peperiksaan Akhir yang muktamad akan dipaparkan kepada pelajar selewat-lewatnya satu (1)
minggu sebelum peperiksaan bermula.
6.2 Syarat Kelayakan Menduduki Peperiksaan Akhir
6.2.1 Semua pelajar yang telah mendaftar kursus dengan sempurna DIWAJIBKAN menduduki Peperiksaan
Akhir bagi kursus yang mempunyai Peperiksaan Akhir.
6.2.2 Bagi pelajar yang gagal mencapai kehadiran minima 80% ke kuliah akan dihalang daripada
menduduki Peperiksaan Akhir.
6.2.3 Pelajar perlu menyelesaikan yuran pengajian sebelum menduduki Peperiksaan Akhir. Walau-
bagaimanapun pelajar yang mempunyai yuran tertunggak perlu merujuk bahagian Kewangan Kolej
bagi membolehkan mereka mencetak Slip Kelayakan Menduduki Peperiksaan.
6.2.4 Hanya pelajar yang mengemukakan Slip Kelayakan Menduduki Peperiksaan Akhir kepada Pengawas
Peperiksaan akan dibenarkan menduduki Peperiksaan Akhir.
6.3 Peperiksaan Gantian
Peperiksaan Gantian merangkumi peperiksaan-peperiksaan berikut:
6.3.1 Peperiksaan Khas
6.3.1.1 Peperiksaan Khas boleh diadakan merangkumi perkara-perkara berikut:
i. Pelajar yang jatuh sakit semasa Peperiksaan Akhir dan mendapat Sijil Cuti Sakit
daripada Pegawai Perubatan.
ii. Pelajar yang menghadapi bencana alam.
iii. Pelajar yang kematian ahli keluarga terdekat.
iv. Pelajar yang perlu memberi penjagaan rapi kepada waris (ibubapa / suami / isteri
yang mengalami sakit tenat.
v. Sebab-sebab lain yang boleh diterima pihak Kolej dan mendapat kebenaran
bertulis daripada Pengarah/TPA.
34