Page 36 - BUKU PERATURAN AKADEMIK KPTM - PINDAAN 2017 (CETAKAN KEDUA)
P. 36

6.3.1.2   Semua permohonan menduduki Peperiksaan Khas hendaklah dikemukakan oleh pelajar
                                secara bertulis dengan mengisi Borang Permohonan Menduduki Peperiksaan Khas beserta
                                dokumen sokongan kepada Pengarah/TPA dalam tempoh tiga (3) hari dari pelajar tidak hadir
                                ke  peperiksaan  kursus  tersebut  KECUALI  bagi  perkara  6.3.1.1  (v),  permohonan  perlu
                                dihantar selewat-lewatnya tujuh (7) hari sebelum Peperiksaan Akhir bermula.

                        6.3.1.3   Sekiranya pelajar gagal memenuhi syarat perkara 6.3.1.2 di atas, pelajar berkenaan akan diberi
                                status 'ABX' dengan nilai gred 0.00 untuk kursus  berkenaan.

                        6.3.1.4   Pelajar yang telah memenuhi syarat seperti perkara i hingga v di atas akan diberi status   'ABY'
                                dan kursus berkenaan tidak diambilkira dalam pengiraan GPA dan  CGPA.

                        6.3.1.5   Peperiksaan Khas untuk perkara 6.3.1.1 akan diadakan pada suatu tarikh yang ditetapkan oleh
                                Senat. Jika pelajar masih gagal menduduki Peperiksaan Khas yang dijadualkan, pelajar perlu
                                mendapat kebenaran Pengarah/TPA dalam masa tidak lewat dari dua (2) hari bekerja setelah
                                tamatnya  peperiksaan  kursus  berkenaan.  Pelajar  akan  diberi  status  ‘ABY’  serta  perlu
                                mengulang semula kursus tersebut.

                        6.3.1.6   Tiada sebarang yuran proses dikenakan.

                  6.3.2 Peperiksaan Ulangan

                        6.3.2.1   Peperiksaan Ulangan boleh diadakan merangkumi perkara-perkara berikut:

                                i.  Kursus yang berdaftar pada semester semasa dan mempunyai Peperiksaan Akhir.

                                ii.  Penawaran Peperiksaan Ulangan sesuatu kursus tertakluk kepada kelulusan Dekan.

                                iii.  Pelajar telah menduduki Peperiksaan Akhir bagi kursus tersebut.

                                iv.  Markah Peperiksaan Ulangan hanya menggantikan markah Peperiksaan Akhir sebelumnya
                                  tanpa menukar markah kerja kursus asal.

                                v.  Gred yang diperolehi adalah gred yang TERKINI dan MUKTAMAD.

                                vi.  Pelajar tidak disabitkan dengan kesalahan di bawah perkara  9.1.




                                                      35
   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40   41