Page 35 - BUKU PERATURAN AKADEMIK KPTM - PINDAAN 2017 (CETAKAN KEDUA)
P. 35

6.0 PEPERIKSAAN

                6.1   Jadual Peperiksaan

                     6.1.1  Pelajar perlu menyemak Draf Jadual Peperiksaan Akhir yang dikeluarkan seperti berikut:
                          6.1.1.1 Lima (5) minggu sebelum peperiksaan bermula bagi semester biasa
                          6.1.1.2 Dua (2) minggu sebelum peperiksaan bermula bagi semester pendek

                     6.1.2  Sebarang masalah berkaitan jadual tersebut perlu dimaklumkan kepada Bahagian Akademik Kolej dalam
                          tempoh satu (1) minggu.

                     6.1.3  Jadual Peperiksaan Akhir yang muktamad akan dipaparkan kepada pelajar selewat-lewatnya satu (1)
                          minggu sebelum peperiksaan bermula.
                6.2   Syarat Kelayakan Menduduki Peperiksaan Akhir

                     6.2.1  Semua pelajar yang telah mendaftar kursus dengan sempurna DIWAJIBKAN menduduki Peperiksaan
                          Akhir bagi kursus yang mempunyai Peperiksaan Akhir.

                     6.2.2  Bagi  pelajar  yang  gagal  mencapai  kehadiran  minima  80%  ke  kuliah  akan  dihalang  daripada
                          menduduki Peperiksaan Akhir.

                     6.2.3  Pelajar  perlu  menyelesaikan  yuran  pengajian  sebelum  menduduki  Peperiksaan  Akhir.  Walau-
                          bagaimanapun pelajar yang mempunyai yuran tertunggak perlu merujuk bahagian Kewangan Kolej
                          bagi membolehkan mereka mencetak Slip Kelayakan Menduduki  Peperiksaan.

                     6.2.4  Hanya  pelajar  yang  mengemukakan  Slip  Kelayakan  Menduduki  Peperiksaan  Akhir  kepada  Pengawas
                          Peperiksaan akan dibenarkan menduduki Peperiksaan Akhir.
                6.3   Peperiksaan Gantian
                     Peperiksaan Gantian merangkumi peperiksaan-peperiksaan berikut:

                     6.3.1       Peperiksaan Khas
                          6.3.1.1  Peperiksaan Khas boleh diadakan merangkumi perkara-perkara berikut:
                               i.    Pelajar yang jatuh sakit semasa Peperiksaan Akhir dan mendapat Sijil Cuti Sakit
                                     daripada Pegawai Perubatan.
                               ii.   Pelajar yang menghadapi bencana  alam.
                               iii.   Pelajar yang kematian ahli keluarga terdekat.
                               iv.   Pelajar yang perlu memberi penjagaan rapi kepada waris (ibubapa / suami / isteri
                                     yang mengalami sakit tenat.
                               v.    Sebab-sebab lain yang boleh diterima pihak Kolej dan mendapat kebenaran
                                     bertulis daripada Pengarah/TPA.
                                                      34
   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40