Page 29 - KPTM - BUKU PERATURAN AKADEMIK PINDAAN 2017
P. 29

5.5  Mengulang Kursus

                       5.5.1   Pelajar yang gagal mana-mana kursus dibenarkan mengulang kursus tersebut maksima dua (2)
                              kali sahaja sepanjang tempoh pengajian.

                       5.5.2   Pelajar yang lulus semua kursus yang disyaratkan tetapi memperoleh CGPA kurang dari 2.00
                              (rujuk perkara 5.6.4) dibenarkan untuk mengulang mana-mana kursus yang ditawarkan pada
                              semester itu setelah rayuan kemasukan semula diluluskan mengikut perkara 7.1 peraturan ini.

                       5.5.3   Gred yang akan diambil kira dalam pengiraan CGPA adalah gred terbaik yang diperolehi.
                   5.6  Status Pelajar

                       5.6.1   Status pelajar akan ditentukan berdasarkan pencapaian CGPA dan GPA seperti berikut :

                              PCD    : Teruskan Pengajian / Proceed
                              DNL    : Anugerah Dekan / Dean’s List
                              GRD    : Tamat Bergraduat / Graduate
                              WAR    : Amaran / Warning
                              DIS    : Gagal Berhenti / Dismissed

                       5.6.2   Teruskan Pengajian (PCD)

                              Pelajar yang memperoleh CGPA sekurang-kurangnya 2.00 akan diberikan status Teruskan
                              Pengajian (PCD).

                       5.6.3   Tamat Bergraduat (GRD)

                              Pelajar yang telah lulus kesemua kursus dan memenuhi syarat yang dikenakan dengan
                              memperoleh CGPA sekurang-kurangnya 2.00 akan diberikan status Tamat Bergraduat (GRD).

                       5.6.4   Amaran (WAR)

                              Pelajar yang telah memperoleh minima CGPA 1.00 hingga CGPA 1.99 akan diletakkan di bawah
                              status Amaran (WAR).





                                                      29
   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34