Page 30 - BUKU PERATURAN AKADEMIK KPTM
P. 30

5.5 Mengulang Kursus

5.5.1  Pelajar yang lulus semua kursus yang disyaratkan tetapi memperoleh CGPA kurang dari 2.00
       (rujuk perkara 5.6.5) dibenarkan untuk mengulang mana-mana kursus yang ditawarkan pada
       semester itu setelah rayuan kemasukan semula diluluskan mengikut perkara 7.1 peraturan ini.

5.5.2 Gred yang akan diambil kira dalam pengiraan CGPA adalah gred terbaik yang diperolehi.

5.6 Status Pelajar

5.6.1 Status pelajar akan ditentukan berdasarkan pencapaian CGPA dan GPA seperti berikut :

       PCD          : Teruskan Pengajian / Proceed
       DNL          : Anugerah Dekan / Dean’s List
       GRD          : Tamat Bergraduat / Graduate
       WAR          : Amaran / Warning
       DIS          : Gagal Berhenti / Dismissed

5.6.2  Status pelajar untuk semester pendek tidak ditentukan walaupun GPA dan CGPA dikira seperti biasa.
5.6.3  Kredit dan mata nilai yang diperolehi pada semester pendek ini akan diambilkira bagi pengiraan CGPA
       pada semester berikutnya KECUALI bagi pelajar yang tamat bergraduat.

       Teruskan Pengajian (PCD)

       Pelajar yang memperoleh CGPA sekurang-kurangnya 2.00 akan diberikan status Teruskan
       Pengajian (PCD).

5.6.4 Tamat Bergraduat (GRD)

       Pelajar yang telah lulus kesemua kursus dan memenuhi syarat yang dikenakan dengan
       memperoleh CGPA sekurang-kurangnya 2.00 akan diberikan status Tamat Bergraduat (GRD).

5.6.5 Amaran (WAR)

       Pelajar yang telah memperoleh minima CGPA 1.00 hingga CGPA 1.99 akan diletakkan di bawah
       status Amaran (WAR).

                              29
   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35