Page 29 - BUKU PERATURAN AKADEMIK KPTM
P. 29

5.2.7 Keputusan bagi setiap kursus diberi status seperti berikut :

       PAC     : Lulus
       ABX     : Tidak hadir peperiksaan tanpa kebenaran
       ABY     : Tidak hadir peperiksaan dengan kebenaran
       BAR     : Dihalang menduduki Peperiksaan Akhir/kerja kursus tidak diberi Penilaian
       INC     : Tidak lengkap kursus
       FC1     : Gagal kursus kali pertama
       FC2     : Gagal kursus kali kedua
       FC3     : Gagal kursus kali ketiga
       CRT     : Pemindahan kredit
       CRE     : Pengecualian kredit

       Nota :  Bagi status ABX dan BAR pelajar akan diberi nilai gred 0.00.
               Bagi status PAC pelajar akan memperolehi kumulatif kredit.
               Bagi status ABY dan INC kursus berkenaan tidak diambilkira dalam pengiraan

5.3 Status Tidak Lengkap Kursus (INC)

5.3.1  Status INC diberi kepada pelajar yang tidak melengkapkan kursus berbentuk Projek, Praktikum
       atau Latihan Industri.

5.3.2  Pelajar yang diberikan status INC hendaklah melengkapkan kursus selewat-lewatnya dua (2)
       minggu selepas semester berikutnya bermula. Kegagalan berbuat demikian, pelajar boleh
       diberi keputusan gred F.

5.3.3 Sebarang rayuan boleh dikemukakan kepada JKA (rujuk perkara 4.4.4).

5.4 Keputusan Peperiksaan

Keputusan peperiksaan yang telah disahkan oleh Senat akan dikeluarkan oleh Bahagian Akademik. Kolej
berhak menahan keputusan peperiksaan sekiranya pelajar gagal menjelaskan yuran tertunggak.

                                       28
   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34