Page 26 - BUKU PERATURAN AKADEMIK KPTM
P. 26

5.0 PENILAIAN

5.1 Penilaian Prestasi Akademik Pelajar

5.1.1 Komponen Penilaian Akademik terdiri daripada penilaian berterusan dan penilaian akhir seperti yang
          termaktub dalam silibus.

5.1.2 Penilaian prestasi akademik pelajar adalah berdasarkan kepada Purata Nilai Gred (GPA) dan Himpunan
          Purata Nilai Gred (CGPA).

5.2 Sistem Pemarkahan, Gred, Nilai Gred dan Nilai Kredit

5.2.1 Sistem pemarkahan, gred dan nilai gred adalah seperti berikut:

       Gred Markah Nilai Gred    Status
                                  Amat
       A+ 90-100  4.00         Cemerlang
                               Cemerlang
       A 80- 89   4.00         Cemerlang
       A- 75-79   3.75          Kepujian
       B+ 70-74   3.50          Kepujian
       B 65-69    3.00            Lulus
       B- 60-64   2.75            Lulus
       C+ 55-59   2.50            Lulus
       C 50-54    2.00            Lulus
       C- 47-49   1.75            Lulus
       D+ 44-46   1.50            Lulus
       D 40-43    1.00            Gagal
       F 0-39     0.00

5.2.2  Penentuan gred adalah berdasarkan markah yang diperoleh bagi sesuatu kursus.
5.2.3
5.2.4  Nilai gred merupakan suatu nilai dalam bentuk angka bagi menunjukkan prestasi pelajar dalam sesuatu
       kursus.
5.2.5
       Nilai kredit adalah angka hasil pendaraban nilai gred dengan kredit.

                                      Nilai kredit = nilai gred x kredit

       Purata Nilai Gred (GPA) merupakan satu nilai pencapaian seseorang pelajar bagi satu semester.

                                                   Jumlah nilai kredit
                                        GPA = ---------------------------------------

                                                      Jumlah kredit

                                         25
   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31