Page 24 - BUKU PERATURAN AKADEMIK KPTM
P. 24

4.5 Pendaftaran Kursus Setiap Semester

4.5.1 Pelajar dikehendaki mendaftar kursus berprasyarat berdasarkan urutan seperti yang dinyatakan di
            dalam struktur program.

4.5.2  Walau bagaimanapun, pelajar mesti mendapat kebenaran JKA sekiranya ingin mendaftar dua kursus
       berprasyarat secara serentak. Kebenaran berdasarkan kepada mengulang kursus prasyarat di
       peringkat bawah dan mendaftar kursus prasyarat peringkat atas kali pertama secara serentak.

4.5.3  Pelajar yang tidak memperolehi kredit atau minimum gred C bagi mata pelajaran Bahasa Melayu di
       peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), wajib mendaftar dan lulus kursus Bahasa Kebangsaan A
       dalam Kumpulan U2 Mata Pelajaran Umum (MPU).

4.5.4 Pelajar yang gagal sesuatu kursus elektif boleh mengulang kursus elektif yang lain dalam kluster
            kursus elektif yang sama tertakluk kepada penawaran kursus yang ditawarkan oleh kolej.

4.5.5 Pelajar dibenarkan mendaftar kursus yang setara dengan kebenaran Dekan berkenaan.

4.6 Permohonan Silibus

Permohonan silibus bagi tujuan menyambung pengajian di institusi lain boleh dibuat dengan mengemukakan
permohonan secara bertulis kepada pihak kolej.

4.7 Kehadiran Ke Kuliah

4.7.1 Pelajar wajib hadir pada setiap kuliah bagi semua kursus yang didaftar.

4.7.2 Pelajar yang tidak hadir ke kuliah disebabkan kesihatan mesti mengemukakan sijil cuti sakit
            daripada Pegawai Perubatan.

4.7.2.1 Pelajar yang tidak hadir ke kuliah selain dari sebab kesihatan hendaklah mengemukakan sebab
            munasabah secara bertulis kepada Pensyarah Kursus.

                                        23
   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29