Page 20 - BUKU PERATURAN AKADEMIK KPTM
P. 20

3.9   Penangguhan Pengajian
3.10
      3.9.1  Pelajar boleh memohon penangguhan pengajian atas masalah kesihatan dan
             sebab-sebab yang munasabah dan diluluskan oleh Pengarah.

      3.9.2 Permohonan penangguhan pengajian perlu dibuat:

             3.9.2.1 dua (2) minggu akademik sebelum Peperiksaan Akhir bermula bagi pelajar
                         yang telah mendaftar pada sesi pengajian semasa

             3.9.2.2 selewat-lewatnya dua (2) minggu pertama kuliah bermula bagi pelajar
                         yang belum mendaftar pada sesi pengajian semasa

      3.9.3  Tempoh penangguhan pengajian yang boleh diluluskan untuk setiap permohonan
             adalah bagi satu (1) semester pengajian.

      3.9.4  Tempoh penangguhan pengajian yang diluluskan atas sebab kesihatan dan sebab-
             sebab yang munasabah oleh Pengarah tidak diambil kira sebagai tempoh pengajian
             di kolej.

      3.9.5  Permohonan penangguhan pengajian hendaklah dibuat dengan mengisi Borang
             Penangguhan Pengajian dengan menyertakan dokumen sokongan asal kepada
             Pengarah sebelum tamat permohonan seperti para 3.9.2. Permohonan penangguhan
             pengajian atas sebab kesihatan perlu disertakan dengan surat/laporan yang
             dikeluarkan oleh Pegawai Perubatan dari klinik/hospital.

      3.9.6  Kelulusan untuk penangguhan pengajian dan yuran-yuran berkenaan akan
             dipertimbangkan oleh Pengarah bagi semester semasa sahaja.

      3.9.7  Pelajar akan dikenakan yuran proses permohonan penangguhan sebanyak
             RM100.00 (tidak dikembalikan) KECUALI pada semester pendek.

      Penggantungan Pengajian

      Penggantungan pengajian ialah hukuman oleh JKTAP / JKTP yang mengakibatkan pelajar tidak
      dibenarkan meneruskan pengajian dalam tempoh yang ditetapkan. Penggantungan ini diambil
      kira sebagai tempoh pengajian.

                               19
   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25