Page 17 - BUKU PERATURAN AKADEMIK KPTM
P. 17

3.4 Status Pelajar

3.4.1 Status pelajar tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

       3.4.1.1 Mendaftar sebagai pelajar dengan Kolej untuk mengikuti program pengajian pada
                   tarikh pendaftaran rasmi yang ditetapkan, dan

       3.4.1.2 Menjelaskan yuran pengajian tidak lewat dari tarikh pendaftaran rasmi yang ditetapkan,
                   dan

       3.4.1.3 Mendaftar kursus yang ditetapkan dalam pelan pengajian untuk semester berkenaan
                   dalam tempoh yang ditetapkan (rujuk perkara 3.3).

3.5 Gugur Status SebagaiPelajar

Pelajar akan diberikan status Gugur Taraf (TMT) sekiranya tidak mematuhi perkara 3.4.1.

3.6 Penarikan Diri Dari Program Pengajian

3.6.1  Pelajar yang bercadang menarik diri dari program pengajian mesti mematuhi prosedur penarikan
       diri dengan melengkapkan Borang Pelepasan Kolej dan menjelaskan semua tanggungjawab
       kewangan dengan pihak Kolej.

3.6.2  Pemulangan wang bagi pelajar yang menarik diri adalah tertakluk kepada Polisi Pemulangan
       Yuran KPTM.

3.7 Pengecualian Kursus

3.7.1  Pengecualian kursus tidak akan menyebabkan pelajar mendapat kredit bagi kursus yang
       dikecualikan.

3.7.2  Pelajar perlu menggantikan kursus yang dikecualikan dengan kursus lain bagi mencukupkan
       keperluan kredit bergraduat.

3.7.3  Permohonan pengecualian kursus hendaklah dibuat dalam masa 2 minggu semester pertama
       pengajian bermula.

                                           16
   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22