Page 16 - BUKU PERATURAN AKADEMIK KPTM
P. 16

3.3.5 Pihak Kolej berhak menolak permohonan seseorang pelajar untuk mendaftar bagi sesuatu
            kursus sekiranya kursus tersebut tidak ditawarkan pada semester tersebut.

3.3.6 Pelajar yang telah membuat pendaftaran kursus dibenarkan untuk menambah/gugur mana-mana kursus
            dalam tempoh dua (2) minggu pertama setelah kuliah bermula.

3.3.7 Bilangan kursus yang boleh didaftar untuk satu semester:

        3.3.7.1 Pelajar sepenuh masa perlu mendaftar untuk sekurang-kurangnya dua belas (12)
                    kredit pada satu semester biasa KECUALI pelajar yang menjalani Latihan Industri.

        3.3.7.2 Pelajar sepenuh masa perlu mendaftar untuk sekurang-kurangnya enam (6) kredit
                    pada satu semester pendek.

        3.3.7.3 Pelajar sepenuh masa program profesional perlu mendaftar sekurang-kurangnya dua
                    (2) kursus pada satu semester kecuali bagi pelajar-pelajar yang akan menamatkan
                    pengajian.

3.3.8   Pelajar sepenuh masa tidak dibenarkan mendaftar melebihi dari dua puluh (20) kredit bagi program
        KPTM atau tidak melebihi empat (4) kursus bagi pelajar program profesional pada satu-satu
        semester biasa pengajian.

3.3.9 Pelajar sepenuh masa yang berada di tahun akhir (2 semester terakhir) pengajian dibenarkan
            mendaftar sehingga dua puluh tiga (23) kredit dengan kelulusan Pengarah/TPA.

3.3.10 Pelajar yang memperoleh status 'Amaran' pada satu-satu Peperiksaan Akhir semester pengajian
            hanya dibenarkan mendaftar pada semester berikutnya:
            Dua belas (12) kredit pada semester biasa dan enam (6) kredit pada semester pendek.

3.3.11 Pelajar seperti dinyatakan di perkara 3.3.10 boleh memohon mendaftar lebih dari dua belas (12)
            kredit sehingga enam belas (16) kredit dengan mendapat kelulusan JKA.

3.3.12 Bagi kursus yang mempunyai prasyarat, pelajar perlu lulus kursus prasyarat tersebut sebelum
            mengambil kursus berkenaan.

3.3.13  Pelajar dikehendaki membuat pengesahan pendaftaran kursus secara atas talian dan mencetak
        Salinan Pengesahan Pendaftaran Kursus dalam tempoh selewat-lewatnya pada minggu ke-5
        kuliah. Sekiranya pelajar gagal membuat pengesahan, pendaftaran kursus tersebut dianggap sah
        dan muktamad.

        15
   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21