Page 18 - BUKU PERATURAN AKADEMIK KPTM
P. 18

3.8 Pindah Kredit

3.8.1  Pelajar yang bertukar program pengajian daripada Institusi pendidikan lain, pelajar yang
       melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di KPTM dan pelajar yang mengikuti program
       mobiliti boleh dipertimbangkan untuk pemindahan kredit tertakluk kepada syarat MQA dan syarat
       yang ditetapkan oleh KPTM.

3.8.2 Syarat Umum Pindah Kredit:

       3.8.2.1 Gred lulus – gred minimum iaitu Gred C;

       3.8.2.2 Nilai kredit – sama dengan nilai kredit kursus bagi program di IPT penerima;

       3.8.2.3 Kesetaraan kurikulum kursus – tidak kurang 80%;

       3.8.2.4 Kursus yang boleh dipindahkan kredit hendaklah daripada program yang telah
                    mendapat Akreditasi/Pengiktirafan dari badan yang berautoriti di negara berkenaan;

       3.8.2.5 Gabungan dua atau lebih kursus daripada institusi asal boleh dipohon untuk dipindah
                    kredit ke satu kursus di KPTM;

       3.8.2.6 Setiap kursus hanya boleh digunakan sekali sahaja untuk dipindah kredit ke satu-
                    satu kursus yang dipohon; dan

       3.8.2.7 Permohonan pindah kredit hanya dibenarkan sekali sahaja sepanjang tempoh
                    pengajian.

3.8.3  Pindah Kredit Vertikal

       3.8.3.1     Sijil (Tahap 3, MQF) ke Diploma (Tahap 4, MQF) Pindah Kredit tanpa Gred dibenarkan
                   dengan pindahan maksimum sebanyak 30% daripada jumlah kredit program yang akan
                   diikuti.

       3.8.3.2     Diploma (Tahap 4, MQF) ke Ijazah Sarjana Muda (Tahap 6, MQF) Pindah Kredit tanpa
                   Gred dibenarkan dengan pindahan maksimum sebanyak 30% daripada jumlah kredit
                   program yang akan diikuti.

       3.8.3.3     Diploma Lanjutan (Tahap 5, MQF) yang turut memiliki Diploma (Tahap 4, MQF) ke Ijazah
                   Sarjana Muda (Tahap 6, MQF) Pindah Kredit tanpa Gred dibenarkan dan boleh
                   dipertimbangkan pindah kredit sehingga maksimum dua tahun pengajian program
                   peringkat ijazah sarjana muda (pelajar akan mengikuti tahun tiga program ijazah sarjana
                   muda).

       3.8.3.4     Pindah Kredit daripada kelayakan yang lebih tinggi (contoh ijazah sarjana muda) ke
                   program di peringkat yang lebih rendah (contoh diploma) Pindah kredit tidak
                   dibenarkan.

                                  17
   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23