Page 13 - BUKU PERATURAN AKADEMIK KPTM
P. 13

2.0 KEMASUKAN

2.1 Syarat Kelayakan untuk Pelajar Tempatan dan Antarabangsa

2.1.1 Syarat dan kelayakan masuk bagi semua program di KPTM adalah tertakluk kepada kelulusan
            Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) setelah mendapat pengesahan Senat.

2.1.2 Kemahiran Bahasa Inggeris:

2.1.2.1  Calon tempatan yang memohon kemasukan ke program Ijazah Sarjana Muda mestilah
         menduduki dan mencapai tahap MUET yang ditetapkan tertakluk kepada standard
         program yang berkaitan.

2.1.2.2 Calon antarabangsa mestilah mempunyai kelulusan TOEFL atau IELTS atau setara
             dengan tahap yang ditetapkan tertakluk kepada standard program yang berkaitan.

2.1.3 Lain-lain syarat bagi kemasukan pelajar antarabangsa boleh dirujuk pada Buku Panduan Pelajar
            Antarabangsa KPTM.

2.1.4 Kemasukan pelajar baharu bagi semua program KPTM adalah pada permulaan semester pengajian.

2.1.5 Pelajar tidak dibenarkan mendaftar lebih daripada satu (1) program pengajian pada suatu masa
            yang sama.

2.2 Kemasukan Semula SelepasRayuan

       2.2.1 Pelajar yang berstatus seperti di bawah boleh membuat RAYUAN dan akan dipertimbangkan
                   untuk mendaftar semula sebagai pelajar sekiranya memenuhi perkara 7.1:

                   2.1.2.1 Pelajar berstatus Gagal Berhenti (DIS)

                   2.2.1.2 Pelajar berstatus Gugur Taraf (TMT)

                   2.2.1.3 Pelajar berstatus Gugur Nama (WFC)

2.3 Perpindahan Pelajar Dari Institusi Lain

       2.3.1 Pelajar dari institusi lain dibenarkan meneruskan pengajian di KPTM tertakluk kepada syarat
                   Pindah Kredit (rujuk perkara 3.8).

                                  12
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18