Page 30 - BUKU PERATURAN AKADEMIK KPTM - PINDAAN 2017 (CETAKAN KEDUA)
P. 30

5.5  Mengulang Kursus

                       5.5.1   Pelajar yang lulus semua kursus yang disyaratkan tetapi memperoleh CGPA kurang dari 2.00
                              (rujuk perkara 5.6.5) dibenarkan untuk mengulang mana-mana kursus yang ditawarkan pada
                              semester itu setelah rayuan kemasukan semula diluluskan mengikut perkara 7.1 peraturan ini.

                       5.5.2   Gred yang akan diambil kira dalam pengiraan CGPA adalah gred terbaik yang diperolehi.


                   5.6  Status Pelajar

                       5.6.1   Status pelajar akan ditentukan berdasarkan pencapaian CGPA dan GPA seperti berikut :

                              PCD        :  Teruskan  Pengajian  /    Proceed
                              DNL        : Anugerah  Dekan  /  Dean’s    List
                              GRD      :  Tamat  Bergraduat  /  Graduate
                              WAR     :  Amaran / Warning
                              DIS        : Gagal Berhenti / Dismissed

                       5.6.2   Status pelajar untuk semester pendek tidak ditentukan walaupun GPA dan CGPA dikira seperti biasa.
                              Kredit dan mata nilai yang diperolehi pada semester pendek ini akan diambilkira bagi pengiraan CGPA
                              pada semester berikutnya KECUALI bagi pelajar yang tamat bergraduat.

                       5.6.3   Teruskan Pengajian (PCD)

                              Pelajar yang memperoleh CGPA sekurang-kurangnya 2.00 akan diberikan status Teruskan
                              Pengajian (PCD).

                       5.6.4   Tamat Bergraduat (GRD)

                              Pelajar yang telah lulus kesemua kursus dan memenuhi syarat yang dikenakan dengan
                              memperoleh CGPA sekurang-kurangnya 2.00 akan diberikan status Tamat Bergraduat (GRD).

                       5.6.5   Amaran (WAR)

                              Pelajar yang telah memperoleh minima CGPA 1.00 hingga CGPA 1.99 akan diletakkan di bawah
                              status Amaran (WAR).



                                                      29
   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35