Page 29 - BUKU PERATURAN AKADEMIK KPTM - PINDAAN 2017 (CETAKAN KEDUA)
P. 29

5.2.7   Keputusan bagi setiap kursus diberi status seperti berikut  :

                            PAC    : Lulus
                            ABX    : Tidak hadir peperiksaan tanpa  kebenaran
                            ABY    : Tidak hadir peperiksaan dengan kebenaran
                            BAR    : Dihalang menduduki Peperiksaan Akhir/kerja kursus tidak diberi  Penilaian
                            INC    :  Tidak  lengkap   kursus
                            FC1    : Gagal kursus kali pertama
                            FC2    : Gagal kursus kali kedua
                            FC3    : Gagal kursus kali ketiga
                            CRT    : Pemindahan kredit
                            CRE    : Pengecualian kredit

                            Nota :   Bagi status ABX dan BAR pelajar akan diberi nilai gred 0.00.
                                   Bagi status PAC pelajar akan memperolehi kumulatif kredit.
                                   Bagi status ABY dan INC kursus berkenaan tidak diambilkira dalam pengiraan
                 5.3  Status Tidak Lengkap Kursus (INC)

                     5.3.1   Status INC diberi kepada pelajar yang tidak melengkapkan kursus berbentuk Projek, Praktikum
                            atau Latihan Industri.

                     5.3.2   Pelajar yang diberikan status INC hendaklah melengkapkan kursus selewat-lewatnya dua (2)
                            minggu selepas semester  berikutnya bermula. Kegagalan berbuat demikian,  pelajar  boleh
                            diberi keputusan gred F.

                     5.3.3   Sebarang rayuan boleh dikemukakan kepada JKA (rujuk perkara 4.4.4).
                 5.4  Keputusan Peperiksaan

                     Keputusan peperiksaan yang telah disahkan oleh Senat akan dikeluarkan oleh Bahagian Akademik. Kolej
                     berhak menahan keputusan peperiksaan sekiranya pelajar gagal menjelaskan yuran tertunggak.










                                                      28
   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34