KEMPEN PEMBERIAN INSENTIF (DISKAUN) SEMPENA ULANGTAHUN KPTM KE-20
PENGENALAN
Manfaat kepada penghutang TIDAK AKTIF Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) / Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) melalui pemberian insentif (diskaun) sempena ulangtahun KPTM ke- 20.
Penghutang TIDAK AKTIF adalah pelajar bergraduat / gugur taraf / gugur nama / gagal berhenti / diberhentikan / berhenti yang mempunyai hutang dengan UPTM / KPTM.
Pelaksanaan pemberian insentif (diskaun) ini dilaksanakan selama 10 bulan bermula 1 Mac 2023 sehingga 31 Disember 2023;
Penghutang boleh memilih untuk membuat bayaran:
01
SEKALI GUS @ LUMP SUM
Sekali gus @ lump sum dalam tempoh 7 hari dari tarikh kelulusan; atau
02
BAYARAN ANSURAN MAKSIMUM DUA (2) KALI
Bayaran ansuran maksimum dua (2) kali dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh kelulusan;