Skip to content

DIPLOMA IN BUSINESS MANAGEMENT (HIBRID)

KPTM BANGI

Program ini terdiri daripada pelbagai komponen dan meliputi aspek-aspek yang berbeza seperti Perakaunan Kewangan, Perakaunan Pengurusan, Perniagaan Antarabangsa, Pengurusan Operasi, Pengurusan Kerjaya, Pengurusan Sumber Manusia, Perakaunan Berkomputer, Ekonomi, Undang-Undang Perniagaan, Pengurusan, Keusahawanan, Statistik dan Matematik Perniagaan

Penyampaian program adalah secara Hibrid iaitu gabungan kuliah secara fizikal (40%) dan juga kuliah secara dalam talian (60%) bagi memastikan pendekatan pembelajaran yang seimbang dan mudah disesuaikan.

Program ini direka khusus untuk pelajar lepasan SPM serta individu yang berhasrat memperkukuhkan kemajuan akademik di samping membina kerjaya yang mampan, sama ada dalam sektor awam mahupun swasta. Program ini menawarkan pelbagai laluan kerjaya, termasuk sebagai pembantu sumber manusia, pembantu kewangan, pembantu pentadbiran, usahawan, dan bidang-bidang berkaitan yang lain. Selain itu, graduan juga berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda di institusi pengajian tinggi tempatan dalam bidang seperti pemasaran, kewangan, pentadbiran, pengurusan, ataupun memperoleh kelayakan profesional yang diiktiraf. Program ini diiktiraf oleh Lembaga Akreditasi Negara / Agensi Kelayakan Malaysia (KR 11493), yang menjamin kualiti pendidikan serta meningkatkan kebolehpasaran graduan dalam pasaran pekerjaan yang kompetitif.

Program :
Diploma in Business Management (Hibrid)

Tempoh Program :
2 Tahun 4 Bulan

Kampus :
KPTM Bangi

Kod Program :
HB101

Yuran Program :
RM 20,775

Medium Perantaraan :
Bahasa Inggeris

Rujukan :
R2/345/4/0663 (05/2025) A6504

No.Akreditasi MQA :
A6504

 
Sesi Kemasukan :
Julai | November
 
Syarat Kelayakan Minimum :
Pilihan 1: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Lulus SPM dengan sekurang-kurangnya kredit dalam mana-mana 3 mata pelajaran

Lulus SKM Tahap 3 dalam bidang yang berkaitan

Sijil (Tahap 3, MQF) dalam bidang berkaitan sekurang-kurangnya (CGPA 2.00);

Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan sekurang-kurangnya Gred C (GP 2.0) dalam mana-mana mata pelajaran

Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan sekurang-kurangnya gred Maqbul

Kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia.

Pelajar antarabangsa dikehendaki mencapai minimum Band 3 dalam MUET ATAU
Setara dengan CEFR (High B1)

SEMESTER 1 :

Fundamentals of Management
Introduction to Information Technology
Human Resource Management
Proficiency English
Fundamentals of Marketing
Penghayatan Etika dan Peradaban
Bahasa Melayu Komunikasi 1

Bahasa Kebangsaan A
Intergriti dan Antirasuh
Pengajian Islam
Pembangunan Pemuda
Principles of Business Accounting
Concepts and Application of E-Commerce
Business Mathematics
Microeconomics
Introduction to Consumer Behaviour

Organizational Communication
Business Law
Introduction to International Marketing

Khidmat Masyarakat 1
Intergriti dan Antirasuah
Fundamentals of Financial Management
Macroeconomics
Introduction to Statistics and Data Analysis
Supply Chain Management
Creative and Innovative Entrepreneurship

Career Development
Small Business Management
Introduction to Digital Marketing
Digital Entrepreneurship
International Business
Operations Management

Integrated Marketing Communication
Organizational Behavior
Business Ethics

Industrial Training

* Co-Curriculum-Pemilihan subjek berdasarkan penawaran subjek oleh Jabatan Sukan dan Rekreasi pada semester tersebut.

Diploma in Business Management menyediakan anda dalam bidang pengurusan korporat syarikat. Di samping itu, Diploma in Business Management juga dapat memberikan anda kemahiran yang diperlukan untuk mengendalikan dan mengembangkan perniagaan.

Terdapat banyak laluan kerjaya yang berbeza yang bakal anda perolehi dengan mengambil Diploma in Business Management. Diploma ini adalah diploma generik yang mempersiapkan anda dalam pelbagai aspek perniagaan.
Terdapat banyak pilihan yang tersedia untuk laluan kerjaya dalam pengurusan perniagaan. Bergantung kepada laluan yang anda pilih dalam kerjaya pengurusan perniagaan, pendapatan anda boleh berkisar daripada sederhana hingga sangat tinggi.