DIPLOMA KEJURURAWATAN
KPTM KOTA BHARU
Program ini bertujuan untuk menghasilkan jururawat yang berfikir kritis, kompeten dan mempunyai kepakaran dalam kemahiran lembut untuk menjaga pesakit. Pelajar diberi pengetahuan teori tentang penyakit dan pengurusan pesakit.
Selain daripada pengetahuan teoritis, pelajar akan menjalani kemahiran kejururawatan praktikal di makmal untuk mengenali prosedur rawatan. Pelajar juga akan menjalani latihan praktikal di hospital dan klinik kesihatan di bawah pengawasan pengajar klinikal setiap semester.
Program :
Diploma Kejururawatan
Tempoh Program :
2 Tahun 4 Bulan
Kampus :
KPTM Kota Bharu
Kod Program :
DN101
Yuran Program :
RM 40,775
Medium Perantaraan :
Bahasa Inggeris
R2/723/4/0139 (01/2026) MQA/FA5078
MQA/FA5078
April | Julai
Pilihan 1: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakkan setaraf dengan LIMA (5) kredit
i. Bahasa Malaysia
ii. Matematik/Matematik Tambahan
iii. Salah satu kredit dalam matapelajaran berikut:
a. Sains atau
b. Biologi atau
c. Kimia atau
d. Fizik atau
e. Applied Science
iv dan kredit dalam mana-mana DUA (2) matapelajaran lain
v. Lulus Bahasa Inggeris
Serta Lulus temuduga dan disahkan sihat oleh doktor dalam masa sebulan sebelum mendaftar untuk program ini.
Calon tidak mempunyai masalah fizikal dan disahkan tidak mengidap penyakit berikut:
– HIV/AIDS
– Hepatitis B atau C
– Epilepsy
– Rabun Warna
– Gangguan Kesihatan Mental
Syarat keperluan Bahasa Inggeris bagi pelajar antarabangsa
Syarat ii, iii terpakai seperti di atas, Syarat iv. kredit mana-mana TIGA (3) matapelajaran dan Lulus IELTS Band 5.5 atau TOEFL PBT 515/TOEFL CBT 215/ TOEFL IBT 80. Boleh bertutur dalam Bahasa Melayu
SEMESTER 1 :
Anatomi dan Fisiologi I
Nutrisi dan Kesihatan
Asas Kejururawatan I
Asas Kejururawatan II
Psikologi dalam Kejururawatan
Penghayatan Etika dan Peradaban
SEMESTER 2 :
Anatomi dan Fisiologi II
Mikrobiologi dan Penyakit Berjangkit
Asas Kejururawatan III
Kejururawatan Kardiovaskular dan Hemapoitik
Kejururawatan Respiratori
Komunikasi dan Perhubungan Interpersonal dalam Kejururawatan
Farmakologi
SEMESTER 3 :
Praktis Kejururawatan Klinikal 1
SEMESTER 4 :
Kursus Integriti dan Anti Rasuah
Etika Dan Perundangan Dalam Kejururawatan
English for Nursing
Kejururawatan Gastrointestinal
Kejururawatan Endokrin&Hepatobiliari
Kejururawatan Genitourinari
Kejururawatan Muskuloskeletal dan Integumentari
SEMESTER 5 :
Praktis Kejururawatan Klinikal 2
SEMESTER 6 :
Asas Keusahawanan 1
Kejururawatan Obstetrik
Kejururawatan Ginekologi
Kejururawatan Komuniti
Kejururawatan Pediatrik
Kejururawatan Mental Dan Psikiatri
SEMESTER 7 :
Praktis Kejururawatan Klinikal 3
SEMESTER 8 :
Khidmat Masyarakat 1
Kejururawatan Neurologi dan Sensori
Kejururawatan Kecemasan dan Kritikal
Pengurusan Dalam Kejururawatan
Jagaan Klien Dengan Keperluan Khas
Sosiologi Dan Antropologi Kesihatan Dalam Kejururawatan
Penyelidikan Dan Statistik Asas Dalam Kejururawatan
SEMESTER 9 :
Praktis Kejururawatan Klinikal 4
Pelajar yang telah tamat dan lulus peperiksaan Lembaga Jururawat Malaysia (LJM) berpeluang untuk bekerja sebagai Jururawat Terlatih di hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), hospital IPTA (HUSM, HUKM, UITM dan PPUM), hospital-hospital swasta, klinik kesihatan IPTA, klinik swasta, rumah jagaan perawatan (nursing homes) dan rawatan ke rumah (home nursing).