Skip to content

DIPLOMA IN COMPUTER SCIENCE -
KPTM ALOR SETAR

Diploma Sains Komputer menyediakan pelajar dengan ilmu pengetahuan tentang asas pengkomputeran, penyelenggaraan komputer, pengaturcaraan, pangkalan data, reka bentuk laman web, pembangunan sistem, aplikasi mudah alih serta kepintaran buatan.

Pelajar juga didedahkan dengan kursus-kursus yang membentuk kemahiran dalam berkomunikasi, menyelesaikan masalah, bekerja dalam kumpulan serta bidang keusahawanan.

Program ini juga dibangunkan untuk memberikan pengetahuan dan kemahiran yang luas kepada pelajar dalam bidang perkakasan, rangkaian, sistem operasi dan aplikasi komputer. Ini bertujuan untuk menghasilkan graduan yang memiliki pengetahuan dan kepakaran dalam bidang teknologi maklumat, rangkaian serta pengurusan sistem maklumat dalam organisasi.

Program :
Diploma In Computer Science

Tempoh Program :
2 Tahun 4 Bulan

Kampus :
KPTM Alor Setar

Kod Program :
CC104

Yuran Program :
RM 22,575

Medium Perantaraan :
Bahasa Inggeris

Rujukan :
R2/481/4/0546 (04/2025) A11195
 
No.Akreditasi MQA :
A11195
 
Sesi Kemasukan :
Julai | November
 
Syarat Kelayakan Minimum :
Pilihan 1: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian dalam TIGA (3) mata pelajaran termasuk Matematik;

Nota:
Calon yang lulus dalam Matematik pada peringkat SPM atau yang setaraf dengannya boleh diterima jika program sijil tersebut mengandungi mata pelajaran Matematik yang setaraf dengan Matematik pada peringkat SPM.

Calon yang lulus Matematik pada peringkat SPM tetapi tiada sijil berkaitan perlu mengambil mata pelajaran Matematik pengukuhan dengan topik yang sesuai dengan bidang Pengkomputeran pada awal pengajian.

Calon yang mendapat kepujian dalam subjek yang berkaitan dengan Pengkomputeran pada peringkat SPM atau yang setaraf diberikan pertimbangan.

Memiliki SKM tahap 3 dalam bidang berkaitan; dan lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian dalam mata pelajaran Matematik di peringkat SPM atau yang setara

Mempunyai Sijil (tahap 3 MQF) dalam bidang berkaitan; dengan mendapat sekurang-kurangnya CGPA 2.00; ATAU

Lulus dalam mana-mana kelayakan yang setaraf dengan sijil (Tahap 3, MQF); ATAU Kelayakan lain yang relevan & setaraf yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

Lulus STPM atau setara dengan mendapat sekurang-kurangnya gred C (NGMP 2.0) dalam 1 mata pelajaran; dan kepujian Matematik di peringkat SPM atau yang setara

Lulus Sijil Tinggi Agama (STAM) dengan mendapat sekurang-kurangnya gred maqbul; dan kepujian Matematik di peringkat SPM atau yang setara

UEC dengan mendapat sekurang-kurangnya gred B dalam TIGA (3) mata pelajaran termasuk Matematik;

ATAU

O-Level dengan mendapat sekurang-kurangnya gred C dalam TIGA (3) mata pelajaran termasuk Matematik;

ATAU

Lulus kelayakan lain yang setara dengan sijil (Tahap 3, MQF) dan kepujian dalam mata pelajaran Matematik di peringkat SPM;

ATAU

Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setara.

SEMESTER 1 :

Fundamentals of Programming
Computer Organisation and Architecture
IT Essentials
English Skills 1
Penghayatan Etika dan Peradaban
Bahasa Melayu Komunikasi 1
Data Communication Concept

User Experience Design
Network Programming
Database Concepts
Discrete Matemathics
Object Oriented Programming
Integriti dan Anti Rasuah
Bahasa Kebangsaan A

English Skills 2
Operating Systems
Software Development Fundamentals

Object Oriented System Analysis and Design
Digital Entrepreneurship
Data Structure and Algorithm
Computing Mathematics
Mobile Apps Development
Web Application Development

Cybersecurity Essentials
Artificial Intelligence
IT Project
Khidmat Masyarakat 1
Pengurusan Masjid
Sport Event Management 1
Integriti dan Anti Rasuah
Calculus and Algebra

Ethics in Computing
Introduction to Statistic And Data Analysis
Introduction to Mandarin
Bahasa Arab Asas

Industrial Training

Graduan lepasan program ini boleh menceburi bidang kerjaya berikut:

• Pentadbir Sistem
• IT Support
• Pengaturcara Komputer
• Pentadbir Sistem Rangkaian
• Keselamatan Komputer
• Juruteknik Komputer
• Pembangun lama web
• Pereka Sistem