DIPLOMA IN BUSINESS MANAGEMENT
KPTM ALOR SETAR
Program ini terdiri daripada pelbagai struktur dan meliputi aspek-aspek yang berbeza seperti Perakaunan Kewangan, Perakaunan Pengurusan, Perniagaan Antarabangsa, Pengurusan Operasi, Pengurusan Kerjaya, Pengurusan Sumber Manusia, Perakaunan Berkomputer, Ekonomi, Undang-Undang Perniagaan, Pengurusan, Keusahawanan, Statistik dan Perniagaan Matematik.
Program ini sesuai untuk mereka yang berminat bekerja dengan sektor kerajaan dan swasta sebagai pembantu sumber manusia, pembantu kewangan, pembantu pentadbiran, usahawan dan lain-lain. Graduan juga boleh melanjutkan pengajian di peringkat ijazah dalam institusi tinggi tempatan dalam bidang tertentu seperti pemasaran, kewangan, pentadbiran, pengurusan atau kelayakan profesional lain Program ini telah memperoleh akreditasi dari Lembaga Akreditasi Negara / Agensi Kelayakan Malaysia (KR 11493).
Program :
Diploma in Business Management
Tempoh Program :
2 Tahun 4 Bulan
Kampus :
KPTM Alor Setar
Kod Program :
AB101
Yuran Program :
RM 20,775
Medium Perantaraan :
Bahasa Inggeris
Julai | November
Pilihan 1: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Memiliki SPM atau yang setaraf dengan minimum Kepujian dalam 3 mata pelajaran
Pilihan 2: Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3
• Lulus SKM Tahap 3 (Tahap 3 MQF) dengan PNGK sekurang-kurangnya 2.50
Mencapai minimum gred C dalam mana-mana 3 matapelajaran
• Program berkaitan dengan program yang di pohon, dan
• Calon mesti dari Institusi dan sijil yang mendapat pertauliahan MQA: semak laman sesawang : https://www2.mqa.gov.my/mq
Pilihan 3: Sijil (Tahap 3, MQF)
Sijil (Tahap 3, MQF) dalam bidang berkaitan sekurang-kurangnya (CGPA 2.00)
Pilihan 4: Sijil Vokasional Malaysia (SVM)
• PNGK Akademik sama atau lebih daripada 3.33
• PNGK vokasional minimum 3.67
• Lulus matapelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah
• Mencapai minimum 3 subjek dengan gred C subjek teras berkaitan program yang di pohon (cth: Matematik, Bahasa Melayu, Sejarah, Bahasa Inggeris, Pengurusan Perniagaan, Ekonomi dan yang berkaitan.
Pilihan 5: Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia(STPM)
Lulus STPM atau yang setaraf dengan minimum Gred C (NGMP 2.00) dalam mana-mana mata pelajaran
Pilihan 6: Sijil Tinggi Agama Malaysia(STAM)
Lulus STAM dengan minimum gred Maqbul
Pilihan 7: Kelayakan Lain
Kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan Malaysia.
Syarat keperluan Bahasa Inggeris bagi pelajar antarabangsa
Pelajar antarabangsa dikehendaki mencapai minimum Band 3 dalam MUET ATAU
Setara dengan CEFR (High B1)
SEMESTER 1 :
Fundamentals of Management
Introduction to Information Technology
Human Resource Management
Proficiency English
Fundamentals of Marketing
Penghayatan Etika dan Peradaban
Bahasa Melayu Komunikasi 1
SEMESTER 2 :
Bahasa Kebangsaan A
Intergriti dan Antirasuh
Pengajian Islam
Pembangunan Pemuda
Principles of Business Accounting
Concepts and Application of E-Commerce
Business Mathematics
Microeconomics
Introduction to Consumer Behaviour
SEMESTER 3 :
Organizational Communication
Business Law
Introduction to International Marketing
SEMESTER 4 :
Khidmat Masyarakat 1
Intergriti dan Antirasuah
Fundamentals of Financial Management
Macroeconomics
Introduction to Statistics and Data Analysis
Supply Chain Management
Creative and Innovative Entrepreneurship
SEMESTER 5 :
Career Development
Small Business Management
Introduction to Digital Marketing
Digital Entrepreneurship
International Business
Operations Management
SEMESTER 6 :
Integrated Marketing Communication
Organizational Behavior
Business Ethics
SEMESTER 7 :
Industrial Training
* Co-Curriculum-Pemilihan subjek berdasarkan penawaran subjek oleh Jabatan Sukan dan Rekreasi pada semester tersebut.
Diploma in Business Management menyediakan anda dalam bidang pengurusan korporat syarikat. Di samping itu, Diploma Pengurusan Perniagaan juga dapat memberikan anda kemahiran yang diperlukan untuk mengendalikan dan mengembangkan perniagaan. Terdapat banyak laluan kerjaya yang berbeza yang bakal anda perolehi dengan mengambil Diploma in Business Management. Diploma in Business Management adalah diploma generik yang mempersiapkan anda dalam pelbagai aspek perniagaan. Terdapat banyak pilihan dan laluan kerjaya dalam bidang ini yang membolehkan anda membuat pilihan bagi penjanaan pendapatan yang lumayan.