Page 6 - KPTM - BUKU PERATURAN AKADEMIK PINDAAN 2017
P. 6

1.0   DEFINISI / GLOSARI
               1.1   Dalam peraturan ini:
                    PERKATAAN                                MAKSUD

                     AEGROTAT       Satu perakuan yang menunjukkan pelajar yang sakit atau hilang upaya untuk
                                    melaksanakan penilaian akhir dan dibenarkan oleh Senat untuk melalui sesuatu
                                    kursus itu tanpa menyelesaikannya.
                     APEL           Pengakreditan Pengalaman Pembelajaran Terdahulu (Accreditation of Prior Experiential
                                    Learning) untuk tujuan kemasukan ke IPT.

                     APEL (C)       Kaedah penilaian ilmu yang diperoleh daripada pengalaman kerja, pengalaman hidup
                                    atau  himpunan  kursus pendek bagi  tujuan  mendapatkan pindahan kredit  untuk
                                    kursus dalam program akademik di IPT.

                     BIDANG         a)  Sains Perubatan – Perubatan, Pergigian, Psikiatri, Optometri, Veterinar, Farmasi,
                     TEKNIKAL          Fisioterapi dan Radiografi

                                    b)  Kejuruteraan – Semua bidang Kejuruteraan

                                    c)  Teknologi – Senibina, Senibina Dalaman, Rekabentuk Dalaman, Perancangan
                                       Bandar dan Wilayah, Ukur Tanah, Ukur Bahan, Teknologi Maklumat

                                    d)  Sains Gunaan -  Bio Perubatan, Biologi Gunaan, Bioteknologi, Matematik
                                       Gunaan,  Sains  Fizik  dan  Gunaan,  Sains  Alam  Sekitar  dan  Sains  Teknologi
                                       Makanan

                                    e)  Sains Tulin / Kuantitatif – Sains Aktuari, Biologi, Fizik, Kimia, Matematik, Sains
                                       Hayat, Statistik, Sains Komputer

                                    f)  Lain-lain bidang teknikal yang dikenalpasti untuk keperluan negara

                     BIDANG BUKAN   a)  Sastera Ikhtisas – Ekonomi, Pentadbiran Perniagaan, Perbankan / Kewangan
                     TEKNIKAL          Islam, Perakaunan, Undang-Undang, Pembangunan Usahawan, Pengangkutan,
                                       Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti, Pengajian Islam (Al-Quran & As-Sun-
                                       nah / Syariah / Usuluddin), Multimedia

                                    b)  Lain-lain bidang bukan teknikal yang kritikal dan dikenalpasti untuk keperluan
                                      negara


                                                      06
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11