Page 10 - KPTM - BUKU PERATURAN AKADEMIK PINDAAN 2017
P. 10

PENASIHAT        Seorang kakitangan akademik dan bukan akademik yang dilantik sebagai Penasihat
                  AKADEMIK /       Akademik / Mentor kepada seseorang pelajar.
                  MENTOR

                  PENGGANTUNGAN    Hukuman oleh Jawatankuasa Tatatertib Akademik KPTM yang mengakibatkan
                  PENGAJIAN        pelajar tidak dibenarkan meneruskan pengajian dalam tempoh yang ditetapkan.
                  PENGECUALIAN     Pengecualian Kursus ialah proses mengecualikan seseorang pelajar daripada
                  KURSUS           mengambil kursus dalam program yang diikuti atas sebab-sebab tertentu.
                                   Pengecualian ini tidak menyebabkan pelajar mendapat kredit bagi kursus yang
                                   dikecualikan. Oleh itu, pelajar perlu menggantikan kursus yang dikecualikan
                                   dengan kursus lain bagi mencukupkan keperluan kredit bergraduat dengan
                                   syarat program sebelumnya telah disempurnakan dan berstatus tamat.

                  PINDAH KREDIT    Proses  membawa  kredit  kursus  yang  telah  diambil  oleh pelajar dalam sesuatu
                                   program ke program lain yang membolehkan penganugerahan  kelayakan  yang
                                   ditawarkan  oleh institusi yang sama atau institusi yang berbeza. Kredit kursus
                                   yang dipindahkan dikira sebagai sebahagian dari kredit bergraduat program
                                   tersebut.

                  PINDAH KREDIT    Pindah kredit daripada program di tahap kelayakan yang sama.
                  HORIZONTAL
                  PINDAH KREDIT    Pindah kredit daripada peringkat rendah ke peringkat yang lebih tinggi.
                  VERTIKAL
                  PINDAH KREDIT    Pindah kredit secara horizontal bagi pelajar yang berada dalam sistem (pelajar
                  DENGAN GRED      yang masih dalam pengajian). Kredit dikira dalam kredit bergraduat pelajar dan
                                   gred kursus diambil kira dalam pengiraan Purata Nilai Gred (GPA) dan Purata Nilai
                                   Gred Kumulatif (CGPA).
                  PINDAH KREDIT    Pindah kredit secara vertikal atau horizontal bagi pelajar yang telah keluar
                  TANPA GRED       daripada sistem (pelajar yang telah tamat pengajian) atau telah mencapai tahap
                                   kompetensi dalam kursus berkenaan. Kredit kursus yang dipindahkan diambil kira
                                   dalam kredit bergraduat tetapi gred kursus tidak diambil kira dalam pengiraan
                                   GPA dan CGPA pelajar.

                  PLAGIARISMA      Peniruan  hasil  kerja  dan/atau  pendapat  orang  lain samada  menerusi bahan
                                   bercetak atau elektronik tanpa pengiktirafan atau pengakuan sumbernya.





                                                      10
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15