Page 5 - KPTM - BUKU PERATURAN AKADEMIK PINDAAN 2017
P. 5

TANGGUNGJAWAB PELAJAR

                 Pelajar perlu menyempurnakan tanggungjawab berikut untuk membolehkan KPTM memberikan perkhidmatan
                 yang cekap dan berkesan.
                 1.  Memahami, menghayati dan mematuhi segala peraturan dalam Buku Peraturan Akademik ini.
                 2.  Mengambil  tindakan  sewajarnya  bersesuaian  dengan  peraturan-peraturan  yang  digariskan  dalam  Buku
                    Peraturan Akademik ini iaitu:
                    a)  Menyempurnakan semua keperluan akademik seperti yang termaktub dalam kurikulum Program
                       Pengajian yang diikuti di KPTM.

                    b)  Membuat pra pendaftaran kursus dalam tempoh yang ditetapkan.
                    c)  Membuat pendaftaran Kolej dalam tempoh yang ditetapkan.
                    d)  Membayar yuran KPTM mengikut masa dan jumlah yang ditetapkan.

                    e)  Menghadiri kuliah / latihan amali / latihan industri / praktikum / latihan klinikal yang ditetapkan oleh
                       KPTM.
                 3.  Mengambil tindakan proaktif untuk mendapatkan panduan dan nasihat daripada staf KPTM yang berkenaan
                    sekiranya berhadapan dengan sebarang bentuk kemusykilan akademik.
                 4.  Mengambil akauntabiliti sepenuhnya terhadap sebarang kesan ketidakpatuhan terhadap peraturan dan
                    prosedur yang telah ditetapkan.

                 5.  Pelajar bertanggungjawab mengemaskini maklumat peribadi dari semasa ke semasa dan memaklumkan
                    kepada Bahagian Akademik Kolej Kampus Cawangan untuk tujuan rekod.
                 6.  Pelajar berhak untuk memeriksa dan menyemak rekod akademik serta memohon membuat pindaan kepada
                    rekod jika mereka percaya rekod tersebut tidak tepat atau mengelirukan.

                 7.  Pelajar boleh mengemukakan aduan/rayuan kepada Pengarah Kolej jika mereka tidak berpuashati dengan
                    hasil proses akademik di KPTM.










                                                      05
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10