Page 6 - BUKU PERATURAN AKADEMIK KPTM
P. 6

TANGGUNGJAWAB PELAJAR

Pelajar perlu menyempurnakan tanggungjawab berikut untuk membolehkan KPTM memberikan perkhidmatan
yang cekap dan berkesan.
1. Memahami, menghayati dan mematuhi segala peraturan dalam Buku Peraturan Akademik ini.
2. Mengambil tindakan sewajarnya bersesuaian dengan peraturan-peraturan yang digariskan dalam Buku

      Peraturan Akademik ini iaitu:
      a) Menyempurnakan semua keperluan akademik seperti yang termaktub dalam kurikulum Program

          Pengajian yang diikuti di KPTM.
      b) Membuat pra pendaftaran kursus dalam tempoh yang ditetapkan.
      c) Membuat pendaftaran Kolej dalam tempoh yang ditetapkan.
      d) Membayar yuran KPTM mengikut masa dan jumlah yang ditetapkan.
      e) Menghadiri kuliah / latihan amali / latihan industri / praktikum / latihan klinikal yang ditetapkan oleh

          KPTM.
3. Mengambil tindakan proaktif untuk mendapatkan panduan dan nasihat daripada staf KPTM yang berkenaan

      sekiranya berhadapan dengan sebarang bentuk kemusykilan akademik.
4. Mengambil akauntabiliti sepenuhnya terhadap sebarang kesan ketidakpatuhan terhadap peraturan dan

      prosedur yang telah ditetapkan.
5. Pelajar bertanggungjawab mengemaskini maklumat peribadi dari semasa ke semasa dan memaklumkan

      kepada Bahagian Akademik Kolej Kampus Cawangan untuk tujuan rekod.
6. Pelajar berhak untuk memeriksa dan menyemak rekod akademik serta memohon membuat pindaan kepada

      rekod jika mereka percaya rekod tersebut tidak tepat atau mengelirukan.
7. Pelajar boleh mengemukakan aduan/rayuan kepada Pengarah Kolej jika mereka tidak berpuashati dengan

      hasil proses akademik di KPTM.

                                                                     05
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11