Page 4 - BUKU PERATURAN AKADEMIK KPTM
P. 4

MUKADIMAH

PERATURAN AKADEMIK
KOLEJ POLY-TECH MARA (Pindaan 2017)
Peraturan Akademik KPTM (Pindaan 2017) ini dikeluarkan setelah semakan semula dibuat ke atas Peraturan
Akademik KPTM (Pindaan 2015). Semakan semula bertujuan untuk memantapkan lagi peraturan akademik yang
digunapakai selaras dengan perubahan semasa dan keperluan masa hadapan.
Peraturan Akademik KPTM (Pindaan 2017) telah diluluskan oleh Mesyuarat Senat KPTM Bil. 66 (05/2017) pada
1 Ogos 2017 berdasarkan seksyen 13 (5) Perlembagaan KPTM 2003. Pemakaian peraturan ini berkuatkuasa
mulai sesi akademik Januari 2018.
Peraturan Akademik ini terpakai bagi pelajar diploma KPTM. Bagi pelajar Program Usahasama dan Program
Profesional, ia hendaklah dibaca bersama dengan peraturan akademik program-program tersebut. Peraturan ini
adalah digunapakai untuk tujuan menyelaras dan mentadbir semua hal ehwal akademik dan perkara-perkara yang
berkaitan dengannya.

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
KOLEJ POLY-TECH MARA

KPTM berhak meminda mana-mana peruntukan di bawah Peraturan-peraturan ini tanpa perlu memaklumkannya kepada pelajar
terlebih dahulu.

                                                                       03
   1   2   3   4   5   6   7   8   9