+603-9179 5600
marketing[at]kptm.edu.my

18 Ogos 2020 | Majlis makan malam bersama Pengerusi Kolej Poly-Tech MARA Sdn. Bhd dan penyampaian simbolik pelantikan

 

18 Ogos 2020, Selasa : Satu majlis makan malam bersama YBhg. Datuk Dr. Roziah binti Omar, Pengerusi Kolej Poly-Tech MARA Sdn. Bhd. telah diadakan di Restoran Dancing Fish, Bangsar Shopping Center. Bersempena majlis ini, Penyerahan simbolik lantikan Timbalan-Timbalan Naib Canselor KUPTM KL yang baharu, lantikan Pengarah KPTM Kampus Kota Bharu serta penyerahan Sijil Anggota Kerja Terbaik KPTM Ibu Pejabat turut diadakan pada malam itu.


Hadir sama dalam majlis makan malam ini adalah YBrs. Encik Nordin bin Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif KPTMSB, Ahli Pengurusan Tertinggi, Pengarah-Pengarah Kampus, penerima lantikan iaitu Prof. Madya. Ts. Dr. Zahra binti Yahya sebagai Timb. Naib Canselor Akademik, Prof. Madya Dr. Noor Azman sebagai Timb. Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi serta Dr. Syamsul Fozy bin Osman sebagai Timb. Naib Canselor Pembangunan Pelajar dan Gaya Hidup Kampus.


Seterusnya adalah YM Tuan Haji Raja Izuddin bin Haji Raja Ahmad, penerima lantikan sebagai Pengarah KPTM Kampus Kota Bharu dan Puan Syuhida binti Sofian, penerima Sijil Anggota Kerja Terbaik KPTM Ibu Pejabat.
Tahniah diucapkan kepada semua penerima lantikan dan juga penerima anugerah.

 

Ibu Pejabat
Kolej Poly-Tech MARA 

Tingkat 4 & 5, Jalan 7/91,
Taman Shamelin Perkasa,
Cheras, 56100, Kuala Lumpur.
Tel : 03-9179 5600

Hotline Kemasukan
Tel : 03 9179 5637/39
E-mel : marketing [at] kptm.edu.my

LOKASI IBU PEJABAT KPTM

Waze   Google Maps 
© Hak Cipta Terpelihara 2025 Kolej Poly-Tech MARA.
Notis PDPA, Penafian, Polisi Privasi, Polisi Keselamatan dan Hakcipta
Diselenggara oleh [email protected]