23 Julai 2020 | Sumbangan Wakalah Zakat MAIWP Kepada Pemandu KPTMHQ Yang Ditimpa Kemalangan


23 Julai 2020, Khamis : Ketua Pegawai Eksekutif KPTM, YBhg. Encik Nordin bin Ahmad meluangkan masa untuk melawat pemandu KPTM Ibu Pejabat Encik Mohd Faizal bin Md Noor yang mengalami kecederaan patah pergelangan tangan akibat kemalangan ketika beriadah pada hujung minggu lepas.


Kedatangan beliau ke Perumahan PPRT Kerinchi Pantai Dalam itu turut diiringi oleh Pengarah Kanan, Jabatan Logistik dan Aset, Encik Mohd Zaidi bin Zakaria dan Pengarah Hal Ehwal Pelajar Encik Mohd Yusoff Mat Ali. YBhg. Encik Nordin bin Ahmad telah menghulurkan sumbangan daripada wakalah zakat MAIWP kepada Encik Mohd Faizal bagi menampung perbelanjaan harian dan kos rawatan yang sedang dijalani di HUKM, Cheras.

 

Ibu Pejabat
Kolej Poly-Tech MARA 

Tingkat 4 & 5, Jalan 7/91,
Taman Shamelin Perkasa,
Cheras, 56100, Kuala Lumpur.
Tel : 03-9179 5600

Hotline Kemasukan
Tel : 03 9179 5637/39
E-mel : marketing [at] kptm.edu.my

LOKASI IBU PEJABAT KPTM

Waze   Google Maps 
© Hak Cipta Terpelihara 2025 Kolej Poly-Tech MARA.
Notis PDPA, Penafian, Polisi Privasi, Polisi Keselamatan dan Hakcipta
Diselenggara oleh [email protected]