11 Jun 2020 | Perjumpaan Bersama Ahli Pengurusan Tertinggi dan Dekan KUPTM
11 JUN 2020, Khamis - Satu perjumpaan di antara YBhg. Datuk Dr. Roziah binti Omar, Pengerusi KPTMSB bersama Ahli Pengurusan Tertinggi dan Dekan-Dekan KUPTM telah diadakan di Dewan Nilam, KUPTM.
Turut hadir bersama dalam perjumpaan ini adalah Ahli Pengurusan Tertinggi KPTM iaitu YBhg. Encik Nordin bin Ahmad, Timbalan Presiden Hal Ehwal Pelajar, Menjalankan Tugas Ketua Pegawai Eksekutif KPTMSB, Encik Abdul Azmi bin Abdul Aziz, Timbalan Presiden Akademik dan Encik Mohamed Saifuddin bin Husin, Pengarah Kanan Jabatan Perancangan Korporat.