
02 Jun 2018 | TAMAN IBU KOTA, KUALA LUMPUR | MARA bersama dengan anak-anak syarikat termasuk KPTM telah menganjurkan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Meraikan Anak-anak Yatim.
Program ini telah diadakan di Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim Miskin Muallaf Penyayang Nur Iman, Danau Kota Setapak bersekali dengan Majlis Berbuka Puasa dan di sertai oleh Pengarah-pengarah MARA, pengawal-pengawal Pusat MARA dan 35 orang anak-anak yatim yang diraikan.
Aktiviti gotong-royong telah diadakan bagi membersihkan ruang-ruang rehat dan bilik tidur anak yatim/asnaf dan pelajar KUPTM juga turut memeriahkan program bersama anak yatim dengan mengadakan pertandingan mewarna bagi anak yang berumur 12 tahun kebawah dan membuat ketupat hiasan bagi 18 kebawah.
Penganjuran program ini adalah hasil daripada inisiatif MARA untuk menjadikan penjenamaan korporat anak syarikat dan MARA lebih kukuh dan dikenali menerusi aktiviti-akiviti kebajikan pada bulan yang penuh keberkatan ini.
KPTM merupakan salah sebuah anak syarikat yang bekerjasama dalam merealisasikan program ini dan KPTM diberi tanggungjawab untuk menyumbangkan beberapa keperluan program.
Disediakan oleh
Seksyen Komunikasi Korporat