eWarta | 30 April 2019 | 38 Tahun Khidmat Bakti Rusli Bersama MARA Berbaloi

 

30 April, Kuala Lumpur – Selepas memberi khidmat bakti kepada MARA selama 14 tahun dan subsidiari MARA selama 24 tahun Tuan Haji Mohd Rusli bin Ab Wahab 60 tahun menamatkan kerjayanya secara rasmi pada hari ini.

Memulakan kerjaya sebagai Pegawai MARA Daerah Raub pada 1980 dan seterusnya ditempatkan di beberapa unit dan bahagian di MARA pada 1995, begitulah perjalanan kerjaya empunya diri bermula. Beliau seterusnya meminta kebenaran daripada mantan Ketua Pengarah pada ketika itu untuk menyertai subsidiari MARA.

Justeru beliau menjadi tenaga pengajar bermula di Institut Perdagangan MARA (IPM) Melaka dan Akademi Info-Tech MARA (AIM) di Alor Setar yang pada ketika itu AIM telah mula diambil alih oleh Kolej Poly-Tech MARA (KPTM). Beliau juga telah diberi kepercayaan menerajui beberapa jabatan utama di Ibu Pejabat dan kemuncak kerjaya beliau ialah apabila menyandang jawatan sebagai Timbalan Presiden (Hal Ehwal Pelajar) sehinggalah bersara.

“Saya merupakan anak didik MARA dan ingin mengucapkan terima kasih kepada MARA kerana telah membantu dalam melakar perjalanan kerjaya di samping bantuan oleh MARA kepada saya semasa melanjutkan pengajian Ijazah, bukan sahaja mendapat elaun sara hidup malahan mendapat cuti bergaji penuh” katanya. Beliau turut menambah bahawa perlunya ada pelbagai kemahiran dapat membantu dalam merealisasikan sesuatu pekerjaan dan ianya perlu ada dalam setiap warga kerja KPTM.

Sebagai salah seorang yang berpengalaman beliau menyarankan agar sentiasa ada penambahbaikan dalam memajukan organisasi supaya kekal relevan.

Majlis Apresiasi Kolej Poly-Tech MARA 2018 tersebut telah disempurnakan perasmiannya oleh YBhg. Dato’ Azhar bin Abdul Manaf Ketua Pengarah MARA. Menurut Azhar kerjasama dari semua warga kerja tanpa mengira pangkat dan jawatan kerana gabungan inilah yang melengkapkan kelancaran perjalanan sesebuah organisasi.

“Setiap dari kita ini macam sebuah anggota, jika tiada anggota yang lain kita tidak boleh bergerak dengan sempurna maka cacatlah kita, begitu juga dalam setiap platform bersama dengan pengurusan kita mestilah bekerja sebagai satu pasukan dan juga sebagai satu keluarga” katanya.

Majlis tersebut meraikan seramai 50 orang warga kerja KPTM seluruh Malaysia yang telah menerima anugerah di samping 4 orang bakal menamatkan perkhidmatan wajib 60 tahun.

Turut diperkenalkan 4 anugerah baharu iaitu Anugerah Pendidik Gemilang, Anugerah Eksekutif Gemilang, Anugerah Staf Sokongan Gemilang, Anugerah Kreatif dan Inovatif, Anugerah Khidmat Masyarakat dan Anugerah Kampus Gemilang.

Sumber : ewarta.mara.gov.my

Ibu Pejabat
Kolej Poly-Tech MARA 

Tingkat 4 & 5, Jalan 7/91,
Taman Shamelin Perkasa,
Cheras, 56100, Kuala Lumpur.
Tel : 03-9179 5600

Hotline Kemasukan
Tel : 03 9179 5637/39
E-mel : marketing [at] kptm.edu.my

LOKASI IBU PEJABAT KPTM

Waze   Google Maps 
© Hak Cipta Terpelihara 2025 Kolej Poly-Tech MARA.
Notis PDPA, Penafian, Polisi Privasi, Polisi Keselamatan dan Hakcipta
Diselenggara oleh [email protected]

Search