+603-9179 5600
Telefon
skk@gapps.kptm.edu.my
admission@kptm.edu.my

Diploma in Game Design - KPTM Ipoh

Diploma in Game Design adalah sebuah program sepenuh masa yang dijalankan dalam tempoh minimum 6 semester atau tiga tahun. Program ini bertujuan untuk mengembangkan kemahiran pereka bentuk yang memiliki ilmu yang mendalam tentang penulisan, seni, dan sains sosial digabungkan ketika mereka bentuk permainan, antara muka, dan pengembaraan interaktif yang lain. Program ini berorientasikan projek dan mengasah kemahiran mereka bentuk permainan di luar jangkaan sementara turut memahami konsep dalam permainan.

Program ini diwujudkan bagi memenuhi keperluan industri terkini yang menekankan tentang mekanikal dalam permainan, mereka bentuk dokumentasi, membuat skrip dan pengaturcaraan, rekaan tahap 2D dan 3D, reka bentuk karakter, menguji permainan, reka bentuk antara muka, pengurusan produk, dan pelaksanaan projek permainan berpasukan. Pelajar juga akan mempelajari kemahiran profesional dan kemahiran tersendiri yang diperlukan untuk berjaya dalam industri.

Hasil Pembelajaran

Objektif pendidikan program ini adalah untuk menghasilkan pereka bentuk permainan yang:
• Berpengetahuan dan secara teknikalnya berwibawa dalam pembangunan mereka bentuk permainan.
• Efektif sebagai ahli kumpulan dengan nilai dan sikap yang sesuai bagi profesion malahan juga dengan masyarakat umum.
• Efektif dalam berkomunikasi dan mendapatkan penyelesaian bagi masalah dan memberi sokongan terhadap kumpulan.
• Berkebolehan untuk menunjukkan kemahiran keusahawanan dan mempunyai jangkaan terhadap keperluan untuk menjalani pembelajaran berterusan bagi memajukan diri dalam kerjaya.

Hasil Program

Setelah program selesai, para graduan akan berupaya untuk:
• Memahami dan mengaplikasikan ilmu pengetahuan asas mereka bentuk permainan.
• Menggunakan kemahiran dan teknik yang diperlukan dalam proses membina sesuatu permainan.
• Melaksanakan kewajipan sosial melalui khidmat masyarakat.
• Menunjukkan etika yang profesional, nilai-nilai holistik, dan kemanusiaan secara berkumpulan.
• Menunjukkan komunikasi, kerjasama dan kemahiran kepimpinan yang berkaitan dengan persekitaran kerja.
• Menyelesaikan masalah dalam mereka bentuk dan membangunkan produk-produk permainan kreatif.
• Mendapatkan pendidikan di peringkat yang lebih tinggi untuk perkembangan kerjaya yang cemerlang dan terlibat dalam pembelajaran sepanjang hayat.
• Mencari peluang dan mengenalpasti hala tuju keusahawanan yang berkaitan dengan permainan.
Program :
Diploma in Game Design

Tempoh Pengajian :
2 Tahun 6 Bulan

Kampus :
KPTM Ipoh

Kod Program :
CM102

Yuran Program :
RM24,210.00

Medium Perantaraan :
Bahasa Inggeris

Rujukan :
N/231/4/0337 (04/2023) MQA/PA 9506

Syarat Kelayakan Minimum :
i. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan minimum 3 kredit dalam mana-mana mata pelajaran; ATAU

ii. Lulus Unified Examination Certificate (UEC) dengan minimum gred B dalam 3 mata pelajaran; ATAU

iii. Lulus O-Level dengan minimum gred C dalam 3 mata pelajaran; ATAU

iv. Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setara dengan minimum Gred C (NGMP 2.0) dalam 1 mata pelajaran; ATAU

v. Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan minimum gred Maqbul; ATAU

vi. Lulus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam Game Design atau bidang berkaitan dan lulus SPM dengan minimum 1 kredit dalam mana-mana mata pelajaran; ATAU

vii. Lulus Sijil Kolej Komuniti (setara Tahap 3 KKM) dalam Game Design atau bidang berkaitan dan lulus SPM dengan minimum satu (1) kredit dalam mana-mana mata pelajaran; ATAU

viii. Lulus Sijil Teknikal/Vokasional (setara Tahap 3 KKM) dengan minimum PNGK 2.00 dan satu (1) tahun pengalaman bekerja dalam Game Design atau bidang yang berkaitan atau mengambil satu (1) semester program pengukuhan; ATAU

ix. Lulus Sijil Multimedia Kreatif (setara Tahap 3 KKM) dalam bidang berkaitan dengan minimum PNGK 2.00; ATAU

x. Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia

DAN

Lulus Temuduga (atas talian/virtual/konvesional) atau penghantaran portfolio pelajar yang ditetapkan oleh pihak HEP

SEMESTER1 :

Conceptual Design
Introduction to Multimedia
Prop and Character Design
Critical & Creative Thinking
Proficiency English
Bahasa Kebangsaan A / Study Skills / Pengucapan Awam / Human Communication / Kemahiran Menulis / Asas Keusahawanan 1

SEMESTER 2 :

Game User Interface Design
Fundamentals of Programming
Interactive Multimedia Authoring
Game Design Principles
Flowboard and Architecture
Bahasa Melayu Komunikasi 1 / Pengajian Malaysia 2

SEMESTER 3 :

Game Programming
Digital Illustration
2D Animation
Art and Animation
Pengajian Islam/Etika dan Nilai
Digital Photomedia / Digital Photography / Typography

SEMESTER 4 :

3D Modelling
Responsive Game Design
Game Production Management
Game Audio and Video
Khidmat Masyarakat 1 / Pengurusan Masjid / Sports Event Management 1

SEMESTER 5 :

Game Design Document
Game Project
Game Testing
Portfolio Production
Digital Entrepreneurship

SEMESTER 6 :

Game Design Industrial Training
Graduan daripada program Diploma in Game Design bersedia untuk memasuki industri permainan seperti berikut:

1. Game Designer
2. Level Designer
3. 2D / 3D Artist
4. Game Tester
5. Character Designer / Artist
6. Storywriter / Scriptwriter
7. Game Producer
Ibu Pejabat
Kolej Poly-Tech MARA 

Tingkat 4 & 5, Jalan 7/91, Taman Shamelin Perkasa,
Cheras, 56100, Kuala Lumpur.
Tel : 03-9179 5600
Faks : 03-9281 7491 
E-mel : skk@gapps.kptm.edu.my

Hotline Kemasukan
Tel : 03 9179 5637/39
Faks : 03 9179 5677/98
E-mel : marketing@kptm.edu.my

LOKASI IBU PEJABAT KPTM

Waze   Google Maps 
© Hak Cipta Terpelihara 2023 Kolej Poly-Tech MARA.
Notis PDPA, Penafian, Polisi Privasi, Polisi Keselamatan dan Hakcipta
Diselenggara oleh webmaster@kptm.edu.my
 

Search