+603-9179 5600
marketing[at]kptm.edu.my

Diploma in Game Design - KPTM Ipoh

Diploma in Game Design adalah sebuah program sepenuh masa yang dijalankan dalam tempoh minimum 6 semester atau tiga tahun. Program ini bertujuan untuk mengembangkan kemahiran pereka bentuk yang memiliki ilmu yang mendalam tentang penulisan, seni, dan sains sosial digabungkan ketika mereka bentuk permainan, antara muka, dan pengembaraan interaktif yang lain. Program ini berorientasikan projek dan mengasah kemahiran mereka bentuk permainan di luar jangkaan sementara turut memahami konsep dalam permainan.

Program ini diwujudkan bagi memenuhi keperluan industri terkini yang menekankan tentang mekanikal dalam permainan, mereka bentuk dokumentasi, membuat skrip dan pengaturcaraan, rekaan tahap 2D dan 3D, reka bentuk karakter, menguji permainan, reka bentuk antara muka, pengurusan produk, dan pelaksanaan projek permainan berpasukan. Pelajar juga akan mempelajari kemahiran profesional dan kemahiran tersendiri yang diperlukan untuk berjaya dalam industri.

Hasil Pembelajaran

Objektif pendidikan program ini adalah untuk menghasilkan pereka bentuk permainan yang:
• Berpengetahuan dan secara teknikalnya berwibawa dalam pembangunan mereka bentuk permainan.
• Efektif sebagai ahli kumpulan dengan nilai dan sikap yang sesuai bagi profesion malahan juga dengan masyarakat umum.
• Efektif dalam berkomunikasi dan mendapatkan penyelesaian bagi masalah dan memberi sokongan terhadap kumpulan.
• Berkebolehan untuk menunjukkan kemahiran keusahawanan dan mempunyai jangkaan terhadap keperluan untuk menjalani pembelajaran berterusan bagi memajukan diri dalam kerjaya.

Hasil Program

Setelah program selesai, para graduan akan berupaya untuk:
• Memahami dan mengaplikasikan ilmu pengetahuan asas mereka bentuk permainan.
• Menggunakan kemahiran dan teknik yang diperlukan dalam proses membina sesuatu permainan.
• Melaksanakan kewajipan sosial melalui khidmat masyarakat.
• Menunjukkan etika yang profesional, nilai-nilai holistik, dan kemanusiaan secara berkumpulan.
• Menunjukkan komunikasi, kerjasama dan kemahiran kepimpinan yang berkaitan dengan persekitaran kerja.
• Menyelesaikan masalah dalam mereka bentuk dan membangunkan produk-produk permainan kreatif.
• Mendapatkan pendidikan di peringkat yang lebih tinggi untuk perkembangan kerjaya yang cemerlang dan terlibat dalam pembelajaran sepanjang hayat.
• Mencari peluang dan mengenalpasti hala tuju keusahawanan yang berkaitan dengan permainan.
Program :
Diploma in Game Design

Tempoh Pengajian :
2 Tahun 7 Bulan

Kampus :
KPTM Ipoh

Kod Program :
CM102

Yuran Program :
RM24,675.00

Medium Perantaraan :
Bahasa Inggeris

Rujukan :
R2/0211/4/0337 (04/2028) MQA/FA9506

Syarat Kelayakan Minimum :
i. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan minimum 3 kredit dalam mana-mana mata pelajaran; ATAU

ii. Lulus SKM Tahap 3 / Sijil Vokasional Malaysia (SVM) ATAU

iii. Sijil (Tahap 3, MQF) dalam bidang berkaitan dengan sekurang-kurangnya PNGK 2.00 ATAU

iv. Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (GP 2.00) dalam mana-mana mata pelajaran ATAU

v. Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan minimum gred Maqbul; ATAU

vi. Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia

DAN

Lulus Temuduga (atas talian/virtual/konvesional) atau penghantaran portfolio pelajar yang ditetapkan oleh pihak HEP

SEMESTER 1
Conceptual Design
Digital Image Editing
Digital Illustration
Application Software and Technology
Introduction to Game Design

SEMESTER 2
Flowboard and Architecture
Game UI and UX
2D Animation
Game Design Principles
Fundamental of Game Programming
3D Modeling
Bahasa Melayu Komunikasi 1 (Pelajar Luar Negara Sahaja)/Penghayatan Etika Dan Peradaban

SEMESTER 3
Prop and Character Design
Proficiency English
Critical & Creative Thinking

SEMESTER 4
Virtual Reality
Responsive Game Design
Game Production Management
Digital Audio Video
Bahasa Kebangsaan A */Study Skills/Public Communication Skill

SEMESTER 5
Game Art and Animation
Game Design Document
Game Analysis
Game Project
Digital Entrepreneurship

SEMESTER 6
Integriti dan Antirasuah
Khidmat Masyarakat 1/Pengurusan Masjid/Sports Event Management 1
Portfolio Production

SEMESTER 7
Creative Media Industrial Training
Graduan daripada program Diploma in Game Design bersedia untuk memasuki industri permainan seperti berikut:

1. Game Designer
2. Level Designer
3. 2D / 3D Artist
4. Game Tester
5. Character Designer / Artist
6. Storywriter / Scriptwriter
7. Game Producer

Ibu Pejabat
Kolej Poly-Tech MARA 

Tingkat 4 & 5, Jalan 7/91,
Taman Shamelin Perkasa,
Cheras, 56100, Kuala Lumpur.
Tel : 03-9179 5600

Hotline Kemasukan
Tel : 03 9179 5637/39
E-mel : marketing [at] kptm.edu.my

LOKASI IBU PEJABAT KPTM

Waze   Google Maps 
© Hak Cipta Terpelihara 2024 Kolej Poly-Tech MARA.
Notis PDPA, Penafian, Polisi Privasi, Polisi Keselamatan dan Hakcipta
Diselenggara oleh [email protected]
 

Search