+603-9179 5600
Telefon
skk@gapps.kptm.edu.my
admission@kptm.edu.my

Diploma in Accounting - KPTM Alor Setar

Program Diploma Perakaunan (AA101) bermula pada bulan Disember 2003 dengan pengambilan pertama dan telah mencapai akreditasi dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) pada tahun 2005 (sebelum ini dikenali sebagai Lembaga Akreditasi Negara).

Program ini terdiri daripada pelbagai struktur dan merangkumi pelbagai aspek seperti perakaunan kewangan, perakaunan pengurusan, percukaian, audit, perakaunan berkomputer, ekonomi, undang-undang perniagaan, pengurusan, keusahawanan, statistik dan matematik perniagaan.

Pada akhir program ini, graduan harus dapat menunjukkan kemahiran khusus dalam bidang perakaunan, audit, perakaunan pengurusan dan perakaunan sektor awam serta menerapkan pengetahuan dan kemahiran mereka untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan dalam pelbagai bidang perniagaan.
Program :
Diploma in Accounting

Tempoh Program :
2 tahun 4 bulan

Kampus :
KPTM Alor Setar

Kod Program :
AA101

Yuran Program :
RM 20,310

Medium Perantaraan :
Bahasa Inggeris

Rujukan :
R/344/4/0171 (A10218) 04/2019

Syarat Kelayakan Minimum :
Lulus SPM atau setaraf dengan minimum TIGA(3) kredit termasuk Matematik DAN Lulus Bahasa Inggeris.

ATAU

Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf, dengan minimum gred C (NGMP 2.0) dalam mana-mana subjek, dan kredit dalam Matematik dan lulus Bahasa Inggeris di peringkat SPM;

ATAU

Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan minimum gred Maqbul, dan kredit dalam Matematik dan lulus Bahasa Inggeris di peringkat SPM;

ATAU

Lulus SKM Tahap 3 dalam bidang yang berkaitan dan lulus SPM dengan minimum 1 kredit dalam mana-mana subjek dengan kredit dalam Matematik dan lulus Bahasa Inggeris di peringkat SPM;

ATAU

Sijil atau setaraf dengannya dalam bidang berkaitan.

Bagi pelajar Antarabangsa, skor TOEFL 550 ATAU skor IELTS 5.5 atau yang setaraf.
SEMESTER1:

Principles of Financial Accounting I
Business Mathematics
Fundamentals of Management
Proficiency English
Study Skills/
Pengucapan Awam/
Human Communication/
Kemahiran Menulis/
Bahasa Kebangsaan A
Pengajian Malaysia 2/
Bahasa Melayu Komunikasi 1 (Pelajar Antarabangsa)

SEMESTER 2:

Principles of Financial Accounting II
Statistics
Microeconomics
Organizational Communication
Information Technology Skills and Application
Pengajian Islam/
Etika dan Moral

SEMESTER 3:

Intermediate Financial Accounting I
Introduction to Cost Accounting
Macroeconomics
Commercial Law
Bahasa Arab Asas/
Introduction to Mandarin/
Basic Oratory
Khidmat Masyarakat 1 /
Pengurusan Masjid /
Sports Event Management 1

SEMESTER 4:

Intermediate Financial Accounting II
Personal Texation
Career Development
Cost Accounting Techniques and Applications
Computerised Accounting
Company Law

SEMESTER 5:

Company Accounts and Reporting
Business Texation
Principal Auditing
Management Accounting
Digital Eneterprenership
Financial Management

SEMESTER 6:

Industrial Training
Program ini sesuai untuk mereka yang berminat bekerja dengan sektor kerajaan dan swasta sebagai penolong akauntan, pegawai akaun, penolong pengurus, pegawai bank, pegawai kewangan atau pegawai pentadbiran.

Graduan juga boleh melanjutkan pengajian di peringkat ijazah dalam institusi tinggi tempatan dalam bidang tertentu seperti perakaunan, kewangan, pentadbiran, pengurusan atau kelayakan profesional yang lain.
Kolej Poly-Tech MARA Ibu Pejabat
Tingkat 4 & 5, Jalan 7/91, Taman Shamelin Perkasa,
Cheras, 56100, Kuala Lumpur.
Tel : 03-9179 5600
Faks : 03-9281 7491 
E-mel : skk@gapps.kptm.edu.my
FB : Komunikasi Korporat KPTM

Hotline Kemasukan
Tel : 03 9179 5637/39
Faks : 03 9179 5677/98
E-mel : admission@kptm.edu.my
FB : Pengambilan.KPTM

Hubungi Ketua Pegawai Maklumat (CIO)
E-mel : cio@kptm.edu.my

© Hak Cipta Terpelihara 2019 Kolej Poly-Tech MARA.
Notis Privasi, Penafian, Polisi Privasi, Polisi Keselamatan dan Hakcipta
Diselenggara oleh webmaster@kptm.edu.my

Search