+603-9179 5600
marketing[at]kptm.edu.my

Diploma in Business Management (Hibrid) - KPTM Kuantan

Program ini terdiri daripada pelbagai komponen dan meliputi aspek-aspek yang berbeza seperti Perakaunan Kewangan, Perakaunan Pengurusan, Perniagaan Antarabangsa, Pengurusan Operasi, Pengurusan Kerjaya, Pengurusan Sumber Manusia, Perakaunan Berkomputer, Ekonomi, Undang-Undang Perniagaan, Pengurusan, Keusahawanan, Statistik dan Matematik Perniagaan

Penyampaian program adalah secara Hibrid iaitu gabungan kuliah secara fizikal (40%) dan juga kuliah secara dalam talian (60%) bagi memastikan pendekatan pembelajaran yang seimbang dan mudah disesuaikan.

Program ini direka khusus untuk pelajar lepasan SPM serta individu yang berhasrat memperkukuhkan kemajuan akademik di samping membina kerjaya yang mampan, sama ada dalam sektor awam mahupun swasta. Program ini menawarkan pelbagai laluan kerjaya, termasuk sebagai pembantu sumber manusia, pembantu kewangan, pembantu pentadbiran, usahawan, dan bidang-bidang berkaitan yang lain. Selain itu, graduan juga berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda di institusi pengajian tinggi tempatan dalam bidang seperti pemasaran, kewangan, pentadbiran, pengurusan, ataupun memperoleh kelayakan profesional yang diiktiraf. Program ini diiktiraf oleh Lembaga Akreditasi Negara / Agensi Kelayakan Malaysia (KR 11493), yang menjamin kualiti pendidikan serta meningkatkan kebolehpasaran graduan dalam pasaran pekerjaan yang kompetitif.

Program :
Diploma in Business Management

Tempoh Program :
2 tahun 4 bulan

Kampus :

KPTM Kuantan

Kod Program :
HB101

Yuran Program :
RM 20,775

Medium Perantaraan :
Bahasa Inggeris

Rujukan :
R4/0414/4/0130 (10/2029) A10918

Syarat Kelayakan Minimum :

Lulus SPM dengan sekurang-kurangnya kredit dalam mana-mana 3 subjek;

ATAU

Lulus SKM Tahap 3 dalam bidang yang berkaitan; 

ATAU

Sijil (Tahap 3, MQF) dalam bidang berkaitan sekurang-kurangnya (CGPA 2.00);

ATAU

Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan sekurang-kurangnya Gred C (GP 2.0) dalam mana-mana subjek;

ATAU

Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan dengan sekurang-kurangnya gred Maqbul;

ATAU

Kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan Malaysia.


** Pelajar antarabangsa dikehendaki mencapai minimum Band 3 dalam MUET  ATAU
 Setara dengan CEFR (*High B1*)

Fundamentals of Management
Introduction to Information Technology
Human Resource Management
Proficiency English
Fundamentals of Marketing
Penghayatan Etika dan Peradaban
Bahasa Melayu Komunikasi 1
Bahasa Kebangsaan A
Pengajian Islam
Pembangunan Pemuda
Principles of Business Accounting
Concepts and Application of E-Commerce
Business Mathematics
Microeconomics
Introduction to Consumer Behaviour
Organizational Communication
Business Law
Introduction to International Marketing
Khidmat Masyarakat 1
Fundamentals of Financial Management
Macroeconomics
Introduction to Statistics and Data Analysis
Supply Chain Management
Creative and Innovative Entrepreneurship
Career Development
Small Business Management
Introduction to Digital Marketing
Digital Entrepreneurship
International Business
Operations Management
Integrated Marketing Communication
Organizational Behavior
Business Ethics
Industrial Training
Diploma in Business Management menyediakan anda dalam bidang pengurusan korporat syarikat. Di samping itu, Diploma Pengurusan Perniagaan juga dapat memberikan anda kemahiran yang diperlukan untuk mengendalikan dan mengembangkan perniagaan.

Terdapat banyak laluan kerjaya yang berbeza yang bakal anda perolehi dengan mengambil Diploma in Business Management. Diploma in Business Management adalah diploma generik yang mempersiapkan anda dalam pelbagai aspek perniagaan.

Terdapat banyak pilihan dan laluan kerjaya dalam bidang ini yang membolehkan anda membuat pilihan bagi penjanaan  pendapatan yang lumayan.

Ibu Pejabat
Kolej Poly-Tech MARA 

Tingkat 4 & 5, Jalan 7/91,
Taman Shamelin Perkasa,
Cheras, 56100, Kuala Lumpur.
Tel : 03-9179 5600

Hotline Kemasukan
Tel : 03 9179 5637/39
E-mel : marketing [at] kptm.edu.my

LOKASI IBU PEJABAT KPTM

Waze   Google Maps 
© Hak Cipta Terpelihara 2025 Kolej Poly-Tech MARA.
Notis PDPA, Penafian, Polisi Privasi, Polisi Keselamatan dan Hakcipta
Diselenggara oleh webmaster@kptm.edu.my
 

Search