+603-9179 5600
Telefon
skk [at] gapps.kptm.edu.my
admission[at]kptm.edu.my

Diploma in Civil Engineering - KPTM Kuantan

Matlamat Program Diploma Kejuruteraan Awam adalah untuk mereka yang ingin memulakan kerjaya dalam kejuruteraan awam dan bidang berkaitan. Program ini dibangunkan untuk memberikan pelajar dengan keperluan asas dalam pengetahuan dan Kemahiran kejuruteraan awam untuk memenuhi keperluan industri termasuk keupayaan menganalisis masalah, berfikir secara kritis, berkomunikasi secara berkesan, dan memiliki nilai-nilai etika yang baik.

Program ini merangkumi pelbagai disiplin termasuk Fizik, Matematik, Kejuruteraan Air, Kejuruteraan Struktur, Kejuruteraan Geoteknik, Pengurusan Pembinaan, Keselamatan Pembinaan, dan Keusahawanan. Selain itu, kursus keselamatan tapak bina juga diberikan kepada pelajar sebagai nilai tambah.

Graduan daripada program ini mempunyai pelbagai peluang kerjaya dalam bidang kejuruteraan awam dan keselamatan tapak bina sama ada di sektor kerajaan atau swasta seperti perunding, pemaju, kontraktor, atau lain-lain organisasi berkaitan. Antara jawatan yang boleh disandang termasuk penolong jurutera, penyelia tapak, penyelia keselamatan tapak bina, pembantu teknikal, penolong pensyarah, dan lain-lain. Selain itu, graduan boleh memilih untuk meneruskan pengajian mereka pada peringkat yang lebih tinggi.

Program :
Diploma in Civil Engineering

Tempoh Program :
2 tahun 6 bulan

Kampus :
KPTM Kuantan

Kod Program :
EV103


Yuran Program :
RM 29,175

Medium Perantaraan :
Bahasa Inggeris

Rujukan :
R3/0716/4/0002 (07/2029) A10202

Syarat Kelayakan Minimum :

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Pelajaran Vokasional (SPMV) dengan sekurang-kurangnya TIGA (3) KEPUJIAN dalam 3 mana-mana mata pelajaran termasuk MATEMATIK dan SATU * Sains * / Teknikal * / Vokasional * dan LULUS Bahasa Inggeris dan Sejarah (mulai SPM 2013);


* Aplikasi Elektrik & Elektronik / Asas Pemprosesan Maklumat/ Bahan Binaan/ Binaan Bangunan/ Biologi / Fizik / Information & Communication Technology/ Kimia / Lukisan Geometri & Elektronik / Lukisan Kejuruteraan / Matematik Tambahan / Menservis Peralatan Elektrik Domestik /Menservis Radio & Televisyen/ Pemasangan & Kawalan Elektrik/ Pembinaan Domestik / Pemesinan Berkomputer / Pendawaian Domestik / Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Awam / Prinsip Elektrik & Elektronik / Rekacipta/ Sains / Sains Gunaan / Sains Kejuruteraan / Sains Tambahan / Teknologi Binaan Bangunan / Teknologi Elektrik / Teknologi Elektronik / Teknologi Kejuruteraan / Teknologi Maklumat 

ATAU

Lulus O-Level dengan mendapat sekurang-kurangnya gred C dalam 3 mata pelajaran termasuk Matematik DAN dan salah satu daripada subjek Sains / Teknikal / Vokasional DAN lulus Bahasa Inggeris.

ATAU

Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan (MQF Tahap 3) dengan PNGK minimum 2.00.

ATAU

Sijil Vokasional / Teknikal / Kemahiran dalam bidang berkaitan yang dilayari oleh Kerajaan Malaysia atau dengan satu (1) tahun pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan atau minimum satu (1) semester bridging program DAN lulus SPM dengan sekurang-kurangnya satu (1) kepujian.

ATAU

Lulus dalam bidang berkaitan Sijil Kolej Komuniti (MQF Tahap 3) dengan PNGK minimum 2.00.

Nota:
* Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang diterima pakai adalah SKM Tahap 3 sahaja.
 
ATAU

Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia

 
Proficiency English I
Basic Civil Engineering & Construction Safety
Chemistry
Calculus I
Bahasa Kebangsaan A/ Study Skills/
Pengucapan Awam/ Human Communication/Kemahiran Menulis/ Asas Keusahawan 1
Proficiency English II
Bahasa Melayu Komunikasi 1 (Pelajar Antarabangsa)
Penghayatan Etika Peradaban
Calculus II
Construction Site Safety
Physics 2
Mechanics Of Materials
Technical Communication And Writing
Khidmat Masyarakat 1/ Pengurusan Masjid/
Sports Event Management 1
Structural Analysis
Civil Engineering Drawing
Pengajian Islam / Pembangunan Pemuda
Structural Concrete Design
Engineering Survey
Digital Entrepreneurship
Occupational Safety And Health Management
Fluid Mechanics
Hydraulics And Hydrology
Soil Mechanics
Safety For Construction Industry
Basic Quantity Surveying
Construction Project Management
Civil Engineering Project
Traffic And Highway Engineering
Structural Steelwork And Timber Design
Building Services
Industrial Training
Graduan program ini mempunyai peluang pekerjaan yang luas dan cerah dalam bidang Kejuruteraan Awam baik dalam sektor kerajaan mahupun swasta. Antara bidang kerjaya yang boleh diceburi ialah dalam bidang pembinaan, perundingan dan syarikat pemaju.

Peluang kerjaya:
• Penolong jurutera
• Penyelia tapak
• Pembantu teknikal
• Penolong pensyarah
• Penyelia Keselamatan Tapak Bina

Ibu Pejabat
Kolej Poly-Tech MARA 

Tingkat 4 & 5, Jalan 7/91,
Taman Shamelin Perkasa,
Cheras, 56100, Kuala Lumpur.
Tel : 03-9179 5600
Faks : 03-9281 7491 
E-mel : skk [at] gapps.kptm.edu.my

Hotline Kemasukan
Tel : 03 9179 5637/39
Faks : 03 9179 5677/98
E-mel : marketing [at] kptm.edu.my

LOKASI IBU PEJABAT KPTM

Waze   Google Maps 
© Hak Cipta Terpelihara 2024 Kolej Poly-Tech MARA.
Notis PDPA, Penafian, Polisi Privasi, Polisi Keselamatan dan Hakcipta
Diselenggara oleh webmaster@kptm.edu.my
 

Search