Polisi 5S

KPTMSB sebagai institusi pengajian tinggi beriltizam untuk melaksanakan Amalan 5S secara holistik dan konsisten melalui budaya kerja yang positif, produktif, kreatif, inovatif, dan efektif berasaskan persekitaran kerja yang kondusif, bersih, sihat, selamat dan sistematik serta memenuhi kepuasan pelanggan.

Semua kakitangan perlu memainkan peranan masing-masing untuk mematuhi segala strategi yang telah dirancang oleh majikan untuk mencapai objektif polisi ini. Polisi ini akan disemak dan dikemaskini dari semasa ke semasa untuk memastikan aspek keselamatan dan kesihatan dapat dilaksanakan secara efektif.

OBJEKTIF

i. Menjadikan Amalan 5S sebagai budaya kerja berterusan.
ii. Mengubah suasana stress tempat kerja kepada persekitaran yang ceria dan menyeronokkan.
iii. Meningkatkan kualiti, produktiviti dan profesionalisme di kalangan warga KPTMSB menerusi penambahbaikan secara berterusan.
iv. Memupuk semangat berpasukan dan akauntabiliti di kalangan warga KPTMSB.
v. Meningkatkan kecekapan sistem perkhidmatan untuk menambah keyakinan masyarakat dan agensi-agensi kerajaan lain terhadap perkhidmatan, imej dan peranan KPTMSB.

VISI

Ke arah membudayakan 5S dalam kerja seharian.

MISI

i. Mewujudkan suasana tempat kerja yang kondusif dan ceria bagi keselesaan kakitangan dan pelanggan.
ii. Meningkatkan produktiviti serta kualiti perkhidmatan kerja secara optimum dan berterusan.
iii. Meningkatkan disiplin kerja yang cemerlang dan berterusan di kalangan kakitangan.

Kolej Poly-Tech MARA Ibu Pejabat
Tingkat 4 & 5, Jalan 7/91, Taman Shamelin Perkasa,
Cheras, 56100, Kuala Lumpur.
Tel : 03-9179 5600
Faks : 03-9281 7491 
E-mel : skk@gapps.kptm.edu.my
FB : Kolej Poly-Tech MARA - KPTM

Hotline Kemasukan
Tel : 03 9179 5637/39
Faks : 03 9179 5677/98
E-mel : admission@kptm.edu.my

Hubungi Ketua Pegawai Maklumat (CIO)
E-mel : cio@kptm.edu.my

© Hak Cipta Terpelihara 2020 Kolej Poly-Tech MARA.
Notis Privasi, Penafian, Polisi Privasi, Polisi Keselamatan dan Hakcipta
Diselenggara oleh webmaster@kptm.edu.my

Search