LATAR BELAKANG
Tujuan penubuhan Unit Integriti dan Governans / Integrity and Governance Unit (IGU) adalah untuk memastikan semua staf mengamalkan budaya kerja unggul dengan ciri-ciri moral dan etika yang kukuh. Inisiatif ini akan dapat membendung salah laku jenayah rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan. Unit ini berperanan untuk melaksanakan empat fungsi teras iaitu:
a. Pengurusan Aduan
b. Pengesanan dan Pengesahan
c. Pengukuhan Integriti
d. Governans
FUNGSI TERAS
- Pengurusan Aduan
Pengurusan Aduan adalah berkaitan dengan pengurusan penerimaan maklumat / aduan mengenai salah laku jenayah rasuah, salah guna kuasa, penyelewengan serta pelanggaran tatakelakuan dan etika KPTMSB. - Pengesanan dan Pengesahan
IGU adalah bertanggungjawab untuk membuat pengesanan dan pengesahan terhadap aduan-aduan salah laku jenayah, pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi yang diterima dan seterusnya memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil. - Pengukuhan Integriti
Pengukuhan Integriti adalah tanggungjawab penting IGU di setiap organisasi bagi memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam organisasi dapat dicapai. - Governans
Fungsi ini berperanan untuk memastikan governans terbaik dalam usaha memperkukuhkan integriti pegawai dan staf di organisasi serta menangani isu-isu berkaitan integriti terutamanya perilaku rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.
- WAN MOHAMAD BIN WAN DAUD
Ketua Unit Integriti & Governans
wmohddaud [AT] kptm.edu.my - HAMIDI BIN HARUN
Penolong Pengarah Kanan
Unit Integriti & Governans
hamidi [AT] kptm.edu.my