+603-9179 5600
Telefon
skk@gapps.kptm.edu.my
admission@kptm.edu.my

SKM - Penyelia Awam Dan Struktur - Tahap 3 - KPTM Kuantan

Program ini terlibat secara langsung dalam bidang pembinaan bangunan selaras dengan Program Transformasi Ekonomi (ETP) melalui agenda Skills Malaysia pada 11 Januari 2011 dimana kerajaan berhasrat untuk mencapai 50 peratus tenaga kerja berkemahiran tinggi menjelang tahun 2020. Melalui program ini, pelajar akan dilatih dengan pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali berasaskan proses kerja sebenar dalam kerja-kerja pembinaan.

Pendedahan teknik merancang dan menyelia kerja-kerja pembinaan bangunan turut diajar dimana program pengajian meliputi Bahan dan Binaan Kejuruteraan, Lukisan Kejuruteraan, Teknologi Konkrit, Teori Struktur, Rekabentuk Struktur, Bekalan Air dan Rawatan Air Sisa, Kerja Tanah, Aturcara Kontrak dan Taksiran, Aplikasi Komputer serta Pengurusan Pembinaan.

Selain daripada itu, pelajar juga didedahkan dengan ujian-ujian yang dijalankan dalam Kejuruteraan Awam. Tumpuan utama program ini juga adalah untuk melahirkan pekerja yang berkualiti dan memenuhi Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan bagi meningkatkan kualiti sumber manusia mahir secara berterusan ke arah menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan daya saing negara.

Pelajar lulusan program ini juga berpeluang mendapat pekerjaan sebagai Penyelia Tapak, Juruteknik binaan, Kontraktor Binaan dan Usahawan dalam bidang berkenaan. Persijilan di tahap 3 ini juga melayakkan pelajar mendapat pekerjaan di peringkat penyeliaan dan berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma.

Programme :
SKM – Penyelia Awam dan Struktur - Tahap 3

Programme Duration :
1 Year

Campus :
KPTM Kuantan

Programme Code :
EV013

Programme Fee :

RM 6,000

Medium of Instruction :
English & Bahasa Melayu

Reference :
K02404 (CSV3) 08/2021

Minimum Requirement :
General terms:

  • Malaysian
  • Never commit a criminal offense and misuse of drugs.

Entry requirements:

  • Passed Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  • Aged 18 years old to 35 18 years old

 

 

DUTY 01–  IMPLEMENT SITE ADMINISTRATION
Organize civil and structural works method statement
Prepare civil and structural daily work schedules
Carry out civil and structural  Master works programme
Organize civil and structural manpower on site
Organize materials on site
Organize plant and machineries operation works
Maintain site dairy
Execute cost  control


DUTY 02 –  CARRY OUT PRE CONSTRUCTION ACTIVITIES
Supervise soil investigation works
Supervise Civil and Structural Preliminary Works
Coordinate setting out works
Conduct levelling surveying works


DUTY 03 –  CARRY OUT STRUCTURAL ENGINEERING WORKS
Supervise foundation works
Supervise excavation works
Supervise timber structure works
Supervise load bearing wall works
Supervise composite structure works
Supervise reinforced concrete structure works
Supervise earth retaining structure works
Supervise water retaining structure works
Supervise steel structure works
Supervise Temporary Structure Works


DUTY 04 –  CARRY OUT CIVIL ENGINEERING WORKS
Supervise river protection works
Supervise reservoir & water tank construction works
Supervise waste water engineering works
Supervise water supply & reticulation works
Supervise drainage works
Supervise traffic control
Supervise road works
Supervise road furniture installation
Supervise earth works
Supervise Remedial Works
Carry Out Maintenance Report


DUTY 05 -   PERFORM CIVIL AND STRUCTURAL CONSTRUCTION MANAGEMENT
Compile Civil and Structural Works Progress Record
Compile Construction Defect List
Execute safety, health & environmental requirements
Perform Quality Control
Coordinate laboratory testing works
Supervise Field Testing Works
Participate in Technical Meetings
Supervise Testing and Commissioning Works
Liaise With Other Site Personnel
Coordinate With Authorities
Carry out site works measurement


DUTY 06 –  PERFORM SUPERVISORY ADMINISTRATIVE FUNCTIONS
Monitor personnel performance
Attend to personnel welfare
Supervise personnel discipline

Kerjaya dalam bidang Penyelia Awam dan Struktur ditawarkan dimana-mana organisasi samada di sektor awam mahupun swasta. Organisasi yang memerlukan kakitangan mahir dalam bidang ini adalah seperti kontraktor binaan, konsultan Awam & Struktur, pemaju binaan dan sektor kerajaan. Selain daripada itu, pelajar juga berpeluang untuk menjadi usahawan sekaligus membuka ruang pekerjaan kepada orang lain. Berikut adalah bidang pekerjaan bagi Sijil Kemahiran Malaysia, Penyelia Awam & Struktur yang ditawarkan.

1.    Penyelia Awam
2.    Penyelia Struktur
3.    Penyelia Tapak Bina
4.    Kerani Tapak
5.    Pembantu Teknikal
6.    Usahawan

Aplikasi KEDU2U

Muat turun aplikasi KEDU2U Melalui Apple App Store dan Google Play Store

Kolej Poly-Tech MARA Ibu Pejabat
Tingkat 4 & 5, Jalan 7/91, Taman Shamelin Perkasa,
Cheras, 56100, Kuala Lumpur.
Tel : 03-9179 5600
Faks : 03-9281 7491 
E-mel : skk@gapps.kptm.edu.my
FB : Komunikasi Korporat KPTM

Hotline Kemasukan
Tel : 03 9179 5637/39
Faks : 03 9179 5677/98
E-mel : admission@kptm.edu.my
FB : Pengambilan.KPTM

Hubungi Ketua Pegawai Maklumat (CIO)
E-mel : cio@kptm.edu.my

© Hak Cipta Terpelihara 2019 Kolej Poly-Tech MARA.
Notis Privasi, Penafian, Polisi Privasi, Polisi Keselamatan dan Hakcipta
Diselenggara oleh webmaster@kptm.edu.my

Search