+603-9179 5600
Telefon
skk@gapps.kptm.edu.my
admission@kptm.edu.my

Keratan Akhbar

Malaysiakini | 25 Oktober 2019 | Kumpulan tarian M'sia muncul jaguh di Indonesia

Kumpulan tarian street dance dari Malaysia berjaya mengatasi tuan rumah apabila merangkul tempat pertama dalam pertandingan tarian street dance terbesar Indonesia, ‘Eat D Beat’. Kumpulan Zeppo Youngsterz yang dianggotai 11 orang itu merangkul kejuaraan dalam kategori Crew Of The Year (COTY) sekali gus mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa.

Zeppo Youngsterz menewaskan pencabar dari Singapura, Indonesia dan Korea Selatan di pertandingan yang berlangsung di Bandung pada 19 dan Okt lalu. Ketika dihubungi Malaysiakini, ketua kumpulan Zeppo Youngsterz, Faris Azim, berkata mereka teruja dapat bersaing dengan penari dari Indonesia, Korea Selatan dan Singapura.

“Bersyukur dan tidak sangka kejayaan milik kami kerana persaingan sangat sengit terutamanya wakil dari negara Singapura," kata pemuda berusia 21 tahun itu. Persembahan koreografi tarian yang ditonjolkan oleh Zeppo Youngsterz mempunyai mesej yang tersirat. Insiden tembakan di Christchurch, New Zealand menjadi satu idea simbolik idea kepada tema tarian yang dibawa Zeppo Youngsterz. “Penonton dan juri yang melihat persembahan kami ada yang sedih dan terharu melihat tarian yang kami persembahkan. “Para juri kata, kami menyampaikan mesej sangat mendalam dan dapat dihayati oleh mereka yang menonton,” kata Faris.

Berlatih selama sebulan dan setiap hari bermula 12 tengah malam merupakan antara langkah yang diambil mereka sebelum kemuncak pertandingan itu berlangsung. Tambah Faris lagi, masalah ruang latihan yang kecil juga menjadi cabaran buat mereka membuat persediaan. “Kami terpaksa berlatih di gelanggang bola keranjang supaya dapat menampung bilangan ahli yang ramai ketika latihan," katanya.

Di samping mengikuti pengajian dalam bidang perakaunan dan kewangan di Kolej Universiti Poly-Tech Mara (KUPTM) Kuala Lumpur, Faris tidak pernah menjadikannya alasan untuk tidak bergiat aktif dalam tarian. Pada detik awal pembabitan dalam bidang tarian, dia hanya menjadikan kegiatan itu sebagai hobi semata-mata. Tetapi sekarang tarian menjadi kerjaya Faris apabila dia menjadi tenaga pengajar dan membuka kelas tarian bagi siapa yang ingin menceburi bidang berkenaan.

Zeppo Youngsterz Crew yang hanya terdiri daripada enam orang ahli pada mulanya, namun kini berkembang menjadi 17 orang dan 11 daripadanya bergiat aktif untuk bertanding di mana-mana pertandingan. Mereka merancang untuk terus menempa nama di peringkat antarabangsa dalam pertandingan tarian seterusnya. Akan datang adalah pertandingan Body Rock Asian di Manila pada Februari 2020.

“Kejuaraan di Indonesia baru-baru ini memberi peluang cerah untuk kami menempa nama dalam pertandingan Body Rock Asian,” katanya.

Sumber : https://www.malaysiakini.com/hiburan/497322?fbclid=IwAR1ldU6ny2M2TVOqu7e6X7u0aPAYg7XVvzHQJPhj9VnEP9lGIuX3AXNipuI

 

Kolej Poly-Tech MARA Ibu Pejabat
Tingkat 4 & 5, Jalan 7/91, Taman Shamelin Perkasa,
Cheras, 56100, Kuala Lumpur.
Tel : 03-9179 5600
Faks : 03-9281 7491 
E-mel : skk@gapps.kptm.edu.my
FB : Kolej Poly-Tech MARA - KPTM

Hotline Kemasukan
Tel : 03 9179 5637/39
Faks : 03 9179 5677/98
E-mel : admission@kptm.edu.my

Hubungi Ketua Pegawai Maklumat (CIO)
E-mel : cio@kptm.edu.my

© Hak Cipta Terpelihara 2020 Kolej Poly-Tech MARA.
Notis Privasi, Penafian, Polisi Privasi, Polisi Keselamatan dan Hakcipta
Diselenggara oleh webmaster@kptm.edu.my

Search