+603-9179 5600
Telefon
skk@gapps.kptm.edu.my
admission@kptm.edu.my

Keratan Akhbar

Utusan Online | 4 Mac 2019 | Pelajar KPTM didedah ilmu urus jenazah

MUHD. AZARI IBRAHIM menunjukkan simulasi mengurus jenazah kepada pelajar di Gua Musang, Kelantan, kelmarin

 

GUA MUSANG 4 MAC - SERAMAI 42 siswi Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) Kese­dar Gua Musang menyertai kursus pengurusan jenazah sebagai landasan untuk memberi pendedahan tentang pengurusan jenazah. Pengarah KPTM-Kesedar Gua Musang, Mohd. Yusoff Mat Ali berkata, kursus yang berlangsung di Surau Asrama Siswi di sini semalam, meliputi cara untuk menguruskan jenazah secara teori dan praktikal.


Katanya, program berasaskan agama Islam itu dilaksanakan bagi membentuk kemantapan akhlak, sahsiah dan moral golongan pelajar masa kini. “Kursus ber­kenaan dapat memberi pemahaman dan kemahiran pengurusan jenazah sebagai tanggungjawab orang beragama Islam. “Pembelajaran ini juga memberi keinsafan kepada pelajar sekali gus membentuk insan beriman,” katanya ketika ditemui selepas kursus tersebut di sini.

Sempena kursus itu, dua te­naga pengajar berpengalaman di daerah ini diundang untuk mengajar kursus itu iaitu Zarinah Yazid dan Muhd. Azari Ibrahim. Sementara itu, seorang pelajar Diploma Pengurusan Sumber Manusia, Nur Hidayati Athilah Wahab, 20, berkata, ilmu yang dipelajari itu amat berguna kepada dirinya dan rakan-rakan yang lain.

Beliau yang juga Pengarah Program itu berkata, sebelum ini dia banyak mengikuti program kemahiran lain dan sebagai seorang muslimah dia sewajarnya mempelajari cara pengurusan jenazah. “Kursus ini dapat memberi pengetahuan tentang pengurusan jenazah dengan sempurna selepas simulasi ditunjukkan oleh tenaga pengajar. “Selain itu, program itu memberi kesedaran dalam kalangan peserta mengenai kematian,” katanya.

 

Sumber Artikel : Utusan Online

Aplikasi KEDU2U

Muat turun aplikasi KEDU2U Melalui Apple App Store dan Google Play Store

Kolej Poly-Tech MARA Ibu Pejabat
Tingkat 4 & 5, Jalan 7/91, Taman Shamelin Perkasa,
Cheras, 56100, Kuala Lumpur.
Tel : 03-9179 5600
Faks : 03-9281 7491 
E-mel : skk@gapps.kptm.edu.my
FB : Komunikasi Korporat KPTM

Hotline Kemasukan
Tel : 03 9179 5637/39
Faks : 03 9179 5677/98
E-mel : admission@kptm.edu.my
FB : Pengambilan.KPTM

Hubungi Ketua Pegawai Maklumat (CIO)
E-mel : cio@kptm.edu.my

Search