+603-9179 5600
Telefon
skk@gapps.kptm.edu.my
admission@kptm.edu.my

Kejayaan KPTM

Feb 2017 | Bera | KPTM Tubuh Akademi Keusahawanan Luar Bandar : Lahirkan Modal Insan Usahawan Berjaya Luar Bandar

Feb 2017 | Bera - Sejajar dengan objektif Majlis Amanah Rakyat (MARA) iaitu membangunkan usahawan berjaya dan inovatif, Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) sebagai sebuah institusi pengajian tinggi milik penuh agensi telah menggariskan beberapa aktiviti keusahawanan, bertujuan membangunkan modal insan dan melahirkan lebih ramai usahawan berjaya serta mempunyai daya inovatif.

Justeru, Pengerusi KPTM, Ahmad Nazlan Idris berkata, pihaknya mengambil inisiatif menubuhkan akademi keusahawanan yang menjadi pusat kursus jangka pendek.

Menurutnya, antara kursus ditawarkan adalah Kursus Perniagaan Kecil dan Sederhana, Kursus Keusahawanan, Kursus Bahasa Inggeris/Mandarin untuk Perniagaan, Kursus Baik-Pulih Komputer dan Gajet, Kursus Pembangunan Aplikasi Mobile, dan Kursus Pendidikan Awal Kanak-kanak.

“Pemilihan lokasi dikawasan luar bandar adalah relevan sebagai salah satu usaha untuk mendokong aspirasi dan saranan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) bagi merealisasikan slogan “Membandarkan Luar Bandar. Penubuhan akademi ini menunjukkan hala tuju KPTM akan terus dipacu selaras kehendak pemimpin dan pelan strategik MARA bagi meningkatkan taraf hidup dan ekonomi melalui keusahawanan.

Ahmad Nazlan berkata, peranan KPTM tidak sekadar memberi didikan, pendedahan dan kemudahan lengkap, malah membentuk usahawan berkualiti, mempunyai daya tahan serta daya saing yang tinggi.

Katanya, penubuhan akademi itu akan membuka peluang perkembangan ilmu, di samping akses pendidikan dan kemahiran yang dapat dimanfaatkan dalam usaha memperkasa agenda pembangunan modal insan negara. Akademi keusahawanan ini secara langsung dapat meningkatkan minat dalam bidang keusahawanan menerusi latihan e-keusahawanan oleh tenaga pengajar berpengalaman.

Ahmad Nazlan berkata, kaedah kursus pendek di akademi itu berpanduan konsep ‘hands-on’, iaitu peserta mempunyai peluang menjalankan kursus secara praktikal. Setiap peserta kursus akan menerima sijil penyertaan setelah berjaya menamatkan tempoh kursus dengan jayanya,” katanya.

Aplikasi KEDU2U

Muat turun aplikasi KEDU2U Melalui Apple App Store dan Google Play Store

Kolej Poly-Tech MARA Ibu Pejabat
Tingkat 4 & 5, Jalan 7/91, Taman Shamelin Perkasa,
Cheras, 56100, Kuala Lumpur.
Tel : 03-9179 5600
Faks : 03-9281 7491 
E-mel : skk@gapps.kptm.edu.my
FB : Kolej Poly-Tech MARA - KPTM

Hotline Kemasukan
Tel : 03 9179 5637/39
Faks : 03 9179 5677/98
E-mel : admission@kptm.edu.my
FB : Pengambilan.KPTM

Hubungi Ketua Pegawai Maklumat (CIO)
E-mel : cio@kptm.edu.my

© Hak Cipta Terpelihara 2019 Kolej Poly-Tech MARA.
Notis Privasi, Penafian, Polisi Privasi, Polisi Keselamatan dan Hakcipta
Diselenggara oleh webmaster@kptm.edu.my

Search