+603-9179 5600
Telefon
skk@gapps.kptm.edu.my
admission@kptm.edu.my

Berita KPTM

8 Disember 2019 | Korea Selatan | Inovasi Kolaborasi UTHM-UTM-KPTM Menerima Pingat Emas Dalam Pertandingan Seoul International Invention Fair (SIIF) 2018

8 Disember 2019 | Korea Selatan | Inovasi Kolaborasi UTHM-UTM-KPTM Menerima Pingat Emas Dalam Pertandingan Seoul International Invention Fair (SIIF) 2018

Pensyarah KPTM Batu Pahat, Haji Erwandi bin Mirwan telah terlibat dalam kolaborasi inovasi dan penyelidikan bersama-sama dengan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dan Universiti Teknologi MARA seterusnya secara tidak langsung mewakili Malaysia dalam projek Development Of A 3D EEG Feature Extraction For Brain Balanced Index (BBI) Using Artificial Neural Network (ANN).

Lebih manis lagi, kumpulan kolaborasi ini telah dianugerahkan PINGAT EMAS dalam kalangan lebih dari 500 peserta dari seluruh dunia pada pertandingan tersebut.

Pertandingan yang dianjurkan oleh Korea International Trade Association telah berlangsung di COEX Convention Center, Samseong-dong, Gangnam, Seoul pada 5 hingga 9 Disember 2018.
Pertandingan ini bertujuan mengumpulkan para pencipta dari seluruh dunia dengan informasi komprehensif dalam penciptaan secara komersil, maklumat paten dan pemindahan teknologi.

Pertandingan ini disasarkan kepada pihak pengeluar, pencipta, pengedar, firma perlesenan dan sektor pendidikan di mana mengetengahkan idea dan paten yang diperakui oleh Korean Intellectual Property Office serta mendapat sokongan daripada World Intellectual Property Organization (WIPO) dan International Federation of Inventors’ Associations (IFIA).

Bagi pihak KPTM, tahniah diucapkan kepada Encik Erwandi dan juga team penyelidik atas kejayaan ini.

Semoga kejayaan ini memberikan semangat kepada mereka untuk terus menjadi inovator yang berjaya.

Ibu Pejabat
Kolej Poly-Tech MARA 

Tingkat 4 & 5, Jalan 7/91, Taman Shamelin Perkasa,
Cheras, 56100, Kuala Lumpur.
Tel : 03-9179 5600
Faks : 03-9281 7491 
E-mel : skk@gapps.kptm.edu.my
FB : Kolej Poly-Tech MARA - KPTM

Hotline Kemasukan
Tel : 03 9179 5637/39
Faks : 03 9179 5677/98
E-mel : admission@kptm.edu.my

Hubungi Ketua Pegawai Maklumat (CIO)
E-mel : cio@kptm.edu.my

© Hak Cipta Terpelihara 2020 Kolej Poly-Tech MARA.
Notis Privasi, Penafian, Polisi Privasi, Polisi Keselamatan dan Hakcipta
Diselenggara oleh webmaster@kptm.edu.my

Search