+603-9179 5600
Telefon
skk@gapps.kptm.edu.my
admission@kptm.edu.my

Berita KPTM

4 Mei 2019 | Jitra | Sukan Kolej Poly-Tech MARA (SUPTEM) Kali Ke-8 : KPTM Bangi Juara Lima Kali Berturut-turut

Sukan Kolej Poly-Tech MARA (SUPTEM) Kali Ke-8 : KPTM Bangi Juara Lima Kali Berturut-turut


4 Mei 2019, JITRA
– Kejohanan Sukan Kolej Poly-Tech MARA kali ke 8 (SUPTEM 8) melabuhkan tirai pertandingannya semalam. Kejohanan sukan yang telah berlangsung dari 1 Mei baru-baru ini telah disertai oleh 360 atlet yang mewakili 8 kampus cawangan KPTM dan KUPTM seluruh Malaysia.
Majlis Perasmian Penutup telah diadakan di Dewan Sri Mas, Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah(POLIMAS), Jitra Kedah dan disempurnakan oleh Yang Berhormat Mohd. Asmirul Anuar Aris, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pelancongan, Seni dan Budaya, Pembangunan Keusahawanan.

Dalam ucapannya beliau, berkata aktiviti-aktiviti kesukanan yang dijalankan di Insitut Pengajian Tinggi (IPT) merupakan satu acara yang sangat baik kerana ia dapat mengekalkan kecergasan fizikal pelajar selain membentuk sahsiah dan personaliti mantap sebagai seorang mahasiswa.

KPTM Bangi sekali lagi muncul sebagai Juara bertahan 5 kali berturut-turut sepanjang SUPTEM diadakan. Dengan kutipan 6 pingat emas, 3 perak dan 1 gangsa, serta membawa pulang piala pusingan beserta hadiah wang tunai sebanyak RM1000.00.

Naib Juara dengan hadiah wang tunai sebanyak RM800.00 beserta piala pusingan disandang oleh KUPTM Kuala Lumpur dengan memperoleh 3 pingat emas, 6 perak, dan 1 gangsa.

Manakala KPTM Kota Bharu mendapat tempat ketiga dengan kutipan pingat 3 emas, 1 perak dan 6 gangsa. Mereka turut membawa pulang piala pusingan beserta wang tunai RM500.00.

Dalam majlis sama, tuan rumah penganjur SUPTEM 8, Pengarah KPTM Alor Setar, En. Anuar bin Zakaria @ Aziz menyerahkan bendera SUPTEM 2017 kepada Pengarah KPTM Kuantan, En. Nik Mohd Khairi Bin Nik Mohd Zain, sebagai tuan rumah SUPTEM ke-9 yang dijangka akan diadakan di KPTM Kuantan pada tahun 2021.

Hadir sama dalam majlis ini adalah YBhg. En. Nordin Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif KPTM, Ybhg. Mej. (K) Mohd Noor Bin Shahudin, Pengarah POLIMAS serta pegawai-pegawai kanan KPTM dan KUPTM.

Tahniah KPTM Alor Setar sebagai penganjur SUPTEM8 2019, Tahniah kepada semua pemenang.
Semoga berjumpa lagi di SUPTEM 9 2021 di Kuantan, Pahang.

Gambar-gambar sekitar majlis boleh dilihat di album MAJLIS PERASMIAN PENUTUP SUPTEM 8 TAHUN 2019 sumber FB: Komunikasi Korporat KPTM 

Aplikasi KEDU2U

Muat turun aplikasi KEDU2U Melalui Apple App Store dan Google Play Store

Kolej Poly-Tech MARA Ibu Pejabat
Tingkat 4 & 5, Jalan 7/91, Taman Shamelin Perkasa,
Cheras, 56100, Kuala Lumpur.
Tel : 03-9179 5600
Faks : 03-9281 7491 
E-mel : skk@gapps.kptm.edu.my
FB : Kolej Poly-Tech MARA - KPTM

Hotline Kemasukan
Tel : 03 9179 5637/39
Faks : 03 9179 5677/98
E-mel : admission@kptm.edu.my

Hubungi Ketua Pegawai Maklumat (CIO)
E-mel : cio@kptm.edu.my

© Hak Cipta Terpelihara 2019 Kolej Poly-Tech MARA.
Notis Privasi, Penafian, Polisi Privasi, Polisi Keselamatan dan Hakcipta
Diselenggara oleh webmaster@kptm.edu.my

Search