+603-9179 5600
Telefon
skk@gapps.kptm.edu.my
admission@kptm.edu.my

Berita KPTM

30 April 2019 | Kuala Lumpur | Majlis Apresiasi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kolej Poly-Tech MARA

Majlis Apresiasi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kolej Poly-Tech MARA

 

30 April 2019 | Kuala Lumpur – Jabatan Sumber Manusia, Ibu Pejabat Kolej Poly-Tech MARA telah menganjurkan Majlis Apresiasi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kolej Poly-Tech MARA 2018 yang diadakan di Hotel De Palma, Ampang, Selangor.

Majlis ini diadakan bagi menghargai dan memberi pengiktirafan kepada kakitangan yang telah menunjukkan kecermerlangan dalam perkhidmatan seterusnya menjadi pendorong kepada kakitangan yang lain untuk sama-sama bersaing secara sihat bagi meningkatkan mutu perkhidmatan masing-masing.

Seramai 50 kakitangan menerima anugerah cemerlang yang terdiri dari beberapa kategori iaitu pengurusan, pensyarah, eksekutif dan kakitangan sokongan. Pada majlis kali ini 6 kategori baru turut diperkenalkan iaitu Anugerah Khidmat Masyarakat, Anugerah Kreatif & Inovasi, Anugerah Staf Sokongan Gemilang, Anugerah Eksekutif Gemilang, Anugerah Pendidik Gemilang dan Anugerah Kampus Gemilang.

Anugerah Khas ini diberikan kepada kakitangan yang terbaik dalam kategori masing-masing. Bagi Anugerah Khidmat Masyarakat diberikan kepada En. Mohd Nazir Bin Mat Yunoh dari KPTM Bangi. Anugerah Kreatif & Inovatif telah dimenangi oleh Projek Academic Certificate Identifier-Certifal yang diketuai oleh TS. Dr. Zahrah Binti Yahya, Dekan Fakulti Pengkomputeran, Informatik & Multimedia Kreatif KUPTM Kuala Lumpur. Staf Sokongan Gemilang menjadi milik Cik ‘Aadila Binti Mohammad Azahari dari KPTM Bangi, Anugerah Eksekutif Gemilang pula diberikan kepada Puan Syuhida Binti Mohd Sofian. Manakala Puan Aidahani Binti Ahmad dari KPTM Batu Pahat telah dianugerahkan Pendidik Gemilang dan KPTM Bangi dinobatkan sebagai penerima Anugerah Kampus Gemilang.

Selain itu, majlis ini turut meraikan kakitangan yang bersara sehingga bulan Jun 2019 dengan Apresiasi Jasamu Dikenang iaitu Tn. Haji Mohd Rusli Bin Ab Wahab, Timbalan Presiden Hal Ehwal Pelajar KPTM, Encik Wan Ibrahim Bin Wan Yusoff dari KPTM Kuantan, Encik Ahmad Thani Bin Ab Wahab, dari KPTM Kota Bharu dan Puan Normah Binti Rauf dari KPTM Kota Bharu.

Dalam majlis sama penghargaan turut diberikan kepada Puan Hajjah Latipah Binti Ahmad atas jasa bakti beliau sepanjang 7 tahun berkhidmat sebagai Ahli Lembaga Pengarah KPTM.

Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Azhar Bin Abdul Manaf, Ketua Pengarah MARA yang turut menyampaikan sijil penghargaan kepada semua penerima anugerah.

Hadir sama adalah Encik Nordin Bin Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif KPTM, Tn. Haji Abd Hamid Bin Haji Ahmad dan YBhg. Dato’ Ally Azwin Bin Dato’ Abdul Hamid, Ahli Lembaga Pengarah KPTM serta pegawai-pegawai kanan KPTM & KUPTM.

Aplikasi KEDU2U

Muat turun aplikasi KEDU2U Melalui Apple App Store dan Google Play Store

Kolej Poly-Tech MARA Ibu Pejabat
Tingkat 4 & 5, Jalan 7/91, Taman Shamelin Perkasa,
Cheras, 56100, Kuala Lumpur.
Tel : 03-9179 5600
Faks : 03-9281 7491 
E-mel : skk@gapps.kptm.edu.my
FB : Komunikasi Korporat KPTM

Hotline Kemasukan
Tel : 03 9179 5637/39
Faks : 03 9179 5677/98
E-mel : admission@kptm.edu.my
FB : Pengambilan.KPTM

Hubungi Ketua Pegawai Maklumat (CIO)
E-mel : cio@kptm.edu.my

Search