+603-9179 5600
Telefon
skk@gapps.kptm.edu.my
admission@kptm.edu.my

Berita KPTM

9 Julai 2018 | Kuala Lumpur | Peluang Pembiayaan Pengajian Di KPTM Menerusi Pendidikan-i Bank Rakyat

 

9 Julai 2018 | Kuala Lumpur | Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) hari ini menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Bank Rakyat bagi memberi peluang pembiayaan pengajian pelajar di KPTM menerusi pendidikan-i Bank Rakyat.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif KPTM, YBhg. Encik Nordin bin Ahmad, menerusi kerjasama strategik ini, pelajar yang berkelayakan boleh memohon Pembiayaan Pendidikan-i bagi pembiayaan sehingga RM1 Juta dengan tempoh pembiayaan sehingga 20 tahun pada kadar keuntungan yang kompetitif.

Jelas Encik Nordin, ia adalah bagi membantu pelajar menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi dengan pinjaman pendidikan sekaligus dapat membantu meringankan beban keluarga.

“Pembiayaan pendidikan ini merupakan kemudahan pilihan pinjaman yang disediakan oleh KPTM selain pinjaman MARA dan PTPTN bagi membiayai kos pengajian pelajar yang mendaftar di KPTM”.

Pembiayaan ini ditawarkan kepada pelajar yang mengikuti program yang ditawarkan oleh KPTM dalam bidang-bidang seperti Teknologi Maklumat, Sains Komputer, Sains Kesihatan, Sains Sosial, Perakaunan, Pengurusan Perniagaan, Kejuruteraan, Kemanusiaan dan Bio-Industri.

Syarat kelayakan bagi memohon pembiayaan ini ialah warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas dan tidak melebihi 60 tahun pada akhir tempoh pembiayaan. Selain itu, pemohon atau ahli keluarga pemohon juga hendaklah mempunyai pendapatan bulanan minimum RM2,000.

Dengan kerjasama strategik ini, ia sekaligus membuktikan KPTM merupakan antara IPTS yang menawarkan pinjaman pendidikan yang berkualiti serta menjadi garis panduan kepada pelajar dan ibu bapa dalam memlilih KPTM sebagai destinasi pembelajaran yang terbaik.

MoU ini telah ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif, KPTM dengan Ketua Pegawai Operasi (Perniagaan) Bank Rakyat, Dato’ Amirudin Abdul Halim. Selain KPTM, jalinan kerjasama ini turut melibatkan Universiti Malaysia Pahang (UMP), Akati Consulting (M) Sdn Bhd, dan Admal Aviation College.

Seksyen Komunikasi Korporat

Aplikasi KEDU2U

Muat turun aplikasi KEDU2U Melalui Apple App Store dan Google Play Store

Kolej Poly-Tech MARA Ibu Pejabat
Tingkat 4 & 5, Jalan 7/91, Taman Shamelin Perkasa,
Cheras, 56100, Kuala Lumpur.
Tel : 03-9179 5600
Faks : 03-9281 7491 
E-mel : skk@gapps.kptm.edu.my
FB : Komunikasi Korporat KPTM

Hotline Kemasukan
Tel : 03 9179 5637/39
Faks : 03 9179 5677/98
E-mel : admission@kptm.edu.my
FB : Pengambilan.KPTM

Hubungi Ketua Pegawai Maklumat (CIO)
E-mel : cio@kptm.edu.my

Search