+603-9179 5600
Telefon
skk@gapps.kptm.edu.my
admission@kptm.edu.my

Berita KPTM

16 April 2018 | KPTM Ibu Pejabat | Majlis 100 Hari CEO Bersama Warga Kerja Ibu Pejabat KPTM

 

16 April 2018 | KPTM Ibu Pejabat | Satu majlis amanat ringkas Ketua Pegawai Eksekutif KPTM, YBhg. Encik Nordin Bin Ahmad bersama warga kerja Ibu Pejabat KPTM telah diadakan sempena 100 hari beliau menerajui KPTM Sdn. Bhd. sebagai Ketua Pegawai Eksekutif.

Dalam ucapan ringkasnya, beliau menyampaikan amanat kepada semua kakitangan supaya lebih bersatu hati dalam bekerja dan mempunyai sifat berpasukan yang tinggi dengan nilai positif. Ia adalah bagi memastikan organisasi KPTM akan lebih cemerlang dan mempunyai kakitangan yang melahirkan aura positif.

Dalam memastikan KPTM sentiasa relevan sebagai Institusi Pengajian Tinggi, semua kakitangan perlu berganding bahu dan mempunyai semangat untuk menarik lebih ramai pelajar-pelajar lepasan SPM/STPM dan setaraf melanjutkan pengajian di KPTM. Ia merupakan tanggungjawab bersama dan bukan tertumpu kepada bahagian yang tertentu sahaja.

Kejayaan KPTM adalah bermula daripada kakitangan yang positif dan bersatu hati. Semoga KPTm akan terus menjadi institusi pilihan dan melahirkan anak bangsa yang berjasa kepada agama, bangsa dan Negara.

Sementara itu, pada masa sama sebagai menceriakan suasana dan menghargai kakitangan, turut diadakan sesi potong kek sempena majlis sambutan hari lahir untuk kakitangan yang lahir pada bulan Mac dan April. Semoga semua kakitangan yang berbakti kepada KPTM dan MARA ini terus dirahmati Allah.

Disediakan oleh
Seksyen Komunikasi Korporat

Aplikasi KEDU2U

Muat turun aplikasi KEDU2U Melalui Apple App Store dan Google Play Store

Kolej Poly-Tech MARA Ibu Pejabat
Tingkat 4 & 5, Jalan 7/91, Taman Shamelin Perkasa,
Cheras, 56100, Kuala Lumpur.
Tel : 03-9179 5600
Faks : 03-9281 7491 
E-mel : skk@gapps.kptm.edu.my
FB : Komunikasi Korporat KPTM

Hotline Kemasukan
Tel : 03 9179 5637/39
Faks : 03 9179 5677/98
E-mel : admission@kptm.edu.my
FB : Pengambilan.KPTM

Hubungi Ketua Pegawai Maklumat (CIO)
E-mel : cio@kptm.edu.my

Search